romario 119

Synthol adalah sejenis minyak yang dihasilkan sebagai bahan bantuan kepada ahli bina badan yang mempunyai genetik yang lemah, lebih-lebih lagi mereka yang tidak mempunyai otot-otot yang bulat. Ahli bina badan menggunakan synthol untuk membesarkan otot yang lemah dan yang kurang, daripada otot-otot lain, untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih simetri. Namun, ahli bina badan professional menggunakannnya dengan cara yang betul dan penggunaannya dilakukan oleh mereka yang berpengalaman. Jika digunakan dengan cara yang betul, ia akan memberikan kesan yang baik dan tidak berbahaya.

romario2 922

Namun, bagi yang menggunakannya dengan tidak betul, ia akan memberikan kesan yang memudaratkan pada tubuh badan. Jika dilihat disini, lelaki ini menggunakan synthol untuk membesarkan di bahagian tangan, bahu, dan dada. Dia bukan sahaja kelihatan buruk dan pelik, malah mengundang bahaya.

romario 5

Namun, pasti anda terfikir dan ingin tahu, kesan kepada kesihatan yang disebabkan oleh penggunaan synthol ini secara berlebihan. Hingga sekarang, ramai yang boleh memberitahu risiko kesihatan disebabkan penggunaan steroid, terima kasih kepada internet, boleh dikatakan semua orang menjadi pakar dalam "kesan buruk" penggunaan steroid, namun tidak banyak boleh beritahu kesan daripada synthol.

Romario Dos Santos Alves, atau dikenali sebagai "Hulk", telah menggunakan synthol secara berlebihan untuk beberapa tahun yang lalu, dan perubahan yang terjadi kepada tubuh badannya sangatlah mengejutkan. Oleh sebab penyalahgunaannya itu, doktor-doktor telah memberitahunya bahawa mereka perlu untuk memotong tangannya bagi membolehkan Romario kekal hidup.

"Saya masih ingat ketika doktor memberitahu saya yang mereka perlu memotong kedua-dua belah tangan saya. Kata mereka, semua yang ada dalam tangan saya, otot saya, adalah batu,"

- Romario Dos Santos Alves

romario 3

Romario berkongsi pengalaman buruknya kerana mahukan orang ramai melihat keburukkan penyalahgunaan dadah steroid yang berlebihan, yang boleh meragut nyawanya. "Ia amatlah tidak berbaloi," kata Romario. "Jika anda menggunakannya sekali, anda pasti akan menggunakannya lagi. Ianya ketagih," tambahnya lagi.

Jadi, bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang kesihatan dan bina badan, perlulah lebih berhati-hati dan bijak dalam membuat keputusan. Ianya melibatkan kesihatan yang diperlukan apabila di hari tua nanti dan tidak berbaloi untuk kelihatan berotot jika ianya boleh memudaratkan kesihatan dan masa depan. Namun, jika masih mahu menggunakannya, rujuklah kepada yang lebih berpengalaman, supaya mereka boleh membantu dan mengelakkan anda daripada membuat kesilapan yang perlu ditanggung sepanjang hayat.

Sumber asal : Spot Me Bro


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)