bolehkah kita tukar lemak menjadi otot melalui senaman

Siapa yang tak mahu memiliki tubuh yang menarik dan cantik, kan? Industri kecergasan dan kesihatan adalah industri yang memfokuskan cara untuk membuatkan anda memiliki tubuh badan yang menarik.

Idea "bentuk badan menarik" ini bermakna membuang segala lemak dan "spare tyre" daripada badan anda yang berasal daripada makanan. Ia juga bermakna anda perlu membina otot.

Industri ini berada pada tahap tertinggi sepanjang tahun, dengan perolehan tahunan hampir RM400 bilion menurut IHRSA (International Health, Racquet & Sportsclub Association) dalam laporan 2019 mereka.

Untuk mendapatkan tubuh badan yang fit memerlukan anda kehilangan lemak dan membina otot.

Dan satu frasa yang paling kerap ditemui di internet apabila ia melibatkan cara untuk menjadi "ripped" adalah bagaimana cara untuk menukarkan lemak menjadi otot. 

Adakah ini boleh dilakukan? Jawapannya sudah tentu tidak.

Kenapa kita tidak boleh menukar lemak kepada otot?

beza tisu lemak dan tisu otot

Lemak dan otot adalah dua perkara yang sangat berbeza. Lemak boleh merujuk kepada dua perkara iaitu bahan kimia atau tisu sebenar di dalam badan.

Lemak kimia juga dikenali sebagai lipid dan merupakan sebahagian daripada sel-sel di dalam badan anda.

Otot pula adalah sejenis tisu di dalam tubuh dan adalah tidak mungkin untuk menukarkan lipid kimia menjadi tisu otot secara langsung.

Jika seseorang itu bercakap tentang menukarkan tisu-tisu di mana lemak disimpan (tisu adipos) kepada tisu otot, itu juga adalah mustahil untuk dicapai. 

Walaupun mereka kedua-duanya adalah tisu, sel-sel dalam kedua-dua jenis tisu ini adalah berbeza.

Bayangkan anda cuba untuk menukarkan pisang menjadi durian menggunakan logik bahawa kedua-duanya adalah buah-buahan. Tak boleh, kan?

jenis jenis otot

Lebih saintifik, sel-sel otot terdiri daripada myocyte, manakala tisu adipos diperbuat daripada adipocyte.

Kedua-dua sel ini adalah apa yang disebut saintis "berbeza secara sepenuhnya". Pembezaan adalah proses di mana sel "memilih" peranannya dalam tubuh.

Setelah sel membuat "pilihan" ini, ia  tidak boleh kembali ke peringkat di mana ia belum dibezakan. Jadi, bagaimana cara untuk kita menghilangkan lemak dan membina otot?

Ini berlaku melalui dua proses berasingan yang secara serentak di mana kehilangan lemak berlaku apabila kita berada dalam mod kurang kalori dan membina otot apabila kita berada dalam mod lebih kalori.

Walaupun ini kelihatan seperti tak masuk akal, ia boleh dicapai.

Proses menghilangkan lemak

bagaimana menghilangkan lemak

Berada dalam mod kurang kalori bermaksud anda memakan kurang kalori daripada kalori yang anda gunakan.

Dalam situasi ini, anda akan memaksa badan anda untuk membakar lemak dalam badan untuk mendapatkan tenaga, dan bukannya dari glukosa.

Badan lebih suka menggunakan karbohidrat seperti glukosa dan fruktosa sebagai sumber utama tenaga. Glukosa memberikan akses tenaga lebih cepat berbanding dengan lemak dan protein.

Sebaliknya, lemak berfungsi sebagai molekul penyimpanan yang lebih baik untuk masa-masa ketika glukosa tidak tersedia.

Di bawah keadaan biasa (tidak bersenam atau diet), tahap glukosa darah akan meningkat selepas makan.

Inilah masanya di mana semua sel mempunyai glukosa yang banyak untuk mendapatkan tenaga mereka dan bahkan mempunyai lebihan, yang mana akan disimpan sebagai glikogen dan lemak.

Selepas sejam atau dua jam, tubuh akan menggunakan semua glukosa yang ada.

bersenam boleh bakar lemak

Pada peringkat ini, tubuh akan mula memecahkan simpanan glikogennya dan apabila ini berakhir, ia akan mula memecahkan simpanan lemaknya.

Apabila anda melakukan senaman yang agak keras, otot anda memerlukan tenaga lebih berbanding ketika anda sedang berbaring di sofa.

Tenaga ini pada mulanya datang dari glukosa kerana otot memecahkan simpanan glikogen. Apabila sumber ini habis, otot beralih ke penggunaan lemak. Dalam latihan ketahanan seperti maraton, sumber utama tenaga untuk otot datang dari lemak.

Bersama-sama dengan jenis senaman yang betul, diet anda juga memainkan peranan utama dalam menghilangkan lemak.

Ketogenik, tinggi lemak, diet rendah karbohidrat, puasa sekejap dan sekatan kalori adalah diet yang paling popular dan disyorkan untuk penurunan berat badan.

Dietogenik, diet tinggi lemak dan rendah karbohidrat, intermittent fasting dan sekatan kalori adalah diet yang paling popular dan disyorkan untuk penurunan berat badan.

Diet-diet ini menggalakkan anda mengambil lebih sedikit kalori (terutamanya dalam bentuk karbohidrat).

Sudah tentu, sebelum membuat apa-apa perubahan diet utama, adalah penting untuk anda berunding dengan doktor terlebih dahulu.

Pakar kesihatan terlatih akan dapat mencadangkan diet yang sesuai untuk keperluan kesihatan dan kecergasan anda.

Proses membina otot

cara bina otot 2

Otot seperti bisep, trisep dan abdomen adalah otot rangka. Otot-otot ini, seperti mana-mana tisu lain, apabila ditarik, diregangkan dan digunakan dengan melampau akan tercedera.

Kerosakan otot ini diperbaiki dengan sel-sel khas yang terletak di dalam otot yang dikenali sebagai sel-sel satelit.

Sel-sel ini adalah sel-sel stem otot yang membahagi dan bergabung dengan serat otot yang tercedera. Ini akan meningkatkan saiz otot, satu proses yang dipanggil hipertrofi otot.

Walau bagaimanapun, senaman sahaja tidak akan meningkatkan otot anda dengan banyak. Diet dan bentuk tenaga yang dibekalkan kepada otot adalah sama pentingnya.

Di sini lah di mana pengambilan kalori yang lebih tinggi memainkan peranannya. Ini adalah di mana lebihan kalori mula bermain.

cara bina otot 862

Otot terdiri daripada banyak protein, yang merupakan jentera utama yang membuatkan otot bergerak seperti filamen protein yang disebut actin dan myosin.

Membuat protein ini memerlukan banyak tenaga dan bekalan asid amino yang baik. Mengamalkan pemakanan tinggi protein membantu dalam memperoleh dan mengekalkan peningkatan jisim otot.

Perlu diketahui bahawa saiz otot bergantung kepada genetik dan jantina anda.

Testosteron, yang mana ditemui lebih tinggi dalam badan lelaki berbanding wanita bertanggungjawab dalam membina otot. 

Itulah sebabnya banyak atlet dan ahli bina badan mengambil steroid yang mana termasuk dengan testosteron untuk mendapatkan otot yang lebih besar.

Kesimpulan

bersenam boleh bakar lemak 2

Anda tidak boleh menukarkan lemak kepada otot atau sebaliknya, kerana anda tidak boleh menukar satu jenis tisu ke satu yang lain.

Kehilangan berat badan dengan mengurangkan lemak dan membina otot melalui senaman adalah dua proses yang berasingan tetapi sering berlaku serentak.

Senama secara konsisten dan menguruskan diet anda dapat membantu dalam kedua-dua proses ini.

Tambahan pula, anda tidak boleh membina otot sebanyak lemak yang anda hilang. Lebih realistik, anda mungkin kehilangan 2.2 kilogram lemak dan membina 500 gram otot secara serentak.

Rujukan:

1. Guyton and Hall Medical Physiology Textbook

2. Lehninger Principles of biochemistry

3. Science

4. New Mexico‚Äôs Flagship University



Hakcipta iluminasi.com (2017)