Oleh pada 16 Sep 2017 kategori

Apabila berlangsung temasya sukan seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik dan lain-lain, biasanya akan wujud isu doping para atlit yang bertanding. Isu doping disini bermaksud pengambilan bahan terlarang (dadah) untuk meningkatkan prestasi sesesorang atlit itu. Kerana jumlah atlit yang terlalu ramai dalam sesuatu temasya sukan, maka ujian doping ini biasanya dijalankan secara rawak kepada para atlit dan juga kepada para pemenang. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sekiranya seseorang atlit itu didapati positif mengambil bahan terlarang, kemenangan mereka akan dibatalkan. Malah, mereka juga akan dikenakan hukuman berat seperti penggantungan daripada menyertai apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh badan induk sukan tersebut sama ada untuk beberapa tahun atau penggantungan seumur hidup.

Sejarah Steroid Anabolik

Bahan terlarang atau dadah untuk meningkatkan prestasi ini secara umumnya dipanggila steroid anabolik. Bilakah dadah ini mula dicipta?

Pada tahun 1889, seorang professor dalam bidang psikologi Dr. Charles Edouard Brown-Sequard telah menyuntik dirinya dengan cairan yang diekstrak daripada testikal (buah zakar) yang diambil dari anjing dan khinzir. Beliau yang pada ketika itu berumur 72 tahun mendapati cecair yang diambil itu telah berjaya meningkatkan kekuatan fizikal dan kesihatan beliau.

Kemudian, ketika Perang Dunia Ke 2, tentera Nazi telah menjalankan kajian untuk mencari formula atau bahan untuk meningkatkan ketahanan fizikal tentera mereka. Pada mulanya, kajian mengenai dadah jenis steroid anabolik ini telah dijalankan terhadap tahanan perang mereka sebelum dijalankan pula ke atas tentera Jerman. Dadah yang dicipta itu juga diharapkan dapat meningkatkan tahap aggresif tentera Jerman pada ketika itu.

Pada penghujung Perang Dunia Ke 2, seorang ahli kimia bernama Leo Ruzicka telah berjaya mencipta steroid yang lebih bagus melalui kaedah yang lebih baik untuk mengasingkan molekul testosterone daripada kolesterol. Steroid yang dicipta Leo ini kemudiannya telah dicuba pada tahanan-tahanan perang dan didapati ianya lebih berkesan untuk mempercepatkan pembinaan otot dan juga mengatasi masalah kekurangan zat. Hasil daripada ciptaannya ini membolehkan beliau dianugerahkan hadiah keamanan Nobel (Nobel Peace Prize).

atlit angkat berat

Dengan saingan yang semakin sengit dan keinginan untuk berjaya dengan cara yang pantas, sesetengah atlit terutamanya dalam sukan bina badan didapati telah mula mengambil bahan terlarang ini ketika Sukan Olimpik 1950-an.

Larangan Penggunaan Steroid Dalam Sukan

Selepas tamatnya Perang Dunia, ketika itu fokus kebanyakan pasukan negara lain tertumpu kepada pasukan Rusia. Pada ketika itu, pasukan Rusia mendominasi kebanyakan sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik dan pasukan negara lain mengesyaki atlit daripada Rusia menggunakan bahan perangsang untuk meningkatkan prestasi mereka.

Kerajaan Amerika Syarikat yang berasa terancam dengan kejayaan pasukan Rusia ini kemudiannya telah mengupah sepasukan saintis untuk mencipta formula atau bahan perangsang yang mampu menandingi kehebatan para atlit Rusia ini. Maka pada 1959, lahirlah steroid baru yang diberi nama Dianabol (Methandrostenolone). Steroid ini dicipta oleh Dr. John Bosley Ziegler iaitu doktor sukan dalam pasukan angkat berat Amerika Syarikat.

Pada 1975, akhirnya International Olympic Committee telah melarang penggunaan steroid dalam Sukan Olimpik dan langkah yang sama telah diambil oleh penganjur-penganjur sukan yang lain kemudiannya. Pada 1988, kerajaan Amerika Syarikat juga telah memperkenalkan akta mengenai larangan penggunaan steroid yang boleh mengakibatkan sesiapa yang mengambil dan mejual steroid boleh dikenakan hukuman yang berat.

atlit sukan ambil steroid

Kini, terdapat lebih daripada 100 jenis steroid anabolik yang sudah dikenalpasti dimana sebahagian besar daripadanya diharamkan penggunaannya dalam mana-mana pertandingan sukan yang dianjurkan.

Mengikut sejarah, beberapa atlit sukan Malaysia juga pernah didapati positif dalam ujian doping yang mengakibatkan mereka digantung daripada menyertai mana-mana pertandingan. Malangnya, ada atlit yang hanya menjadi mangsa pihak pengurusan kerana mereka tidak mengetahui kandungan supplemen diambil yang disedikan oleh pihak pengurusan.

Kredit:

  1. Evolutionary.org
  2. University of Maryland
  3. WikiPedia – Leopold Ruzicka



Hakcipta iluminasi.com (2017)