meth

Dahulu, methamphetamine digunakan rawatan perubatan bagi penyakit narcolepsy, asma dan ubat untuk turunkan berat badan. Malah, ia juga digunakan ketika Perang Dunia Kedua di mana kedua-dua pakatan Allies dan Axis memberikan dadah ini kepada tentera mereka supaya sentiasa segar dan berjaga. 

Namun, penggunaannya menjadi semakin meluas dan disalahgunakan sehinggalah ia diharamkan di Amerika Syarikat menjelang tahu 1970.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebelum ini iluminasi.com telah berkongsi mengenai tanda-tanda pengambilan syabu dan kesan pengambilan syabu kepada badan. Namun, dari mana datang syabu? Siapa yang mula-mula menghasilkannya, dan mengapa?

Sejarah awal amphetamine dan methamphetamine

lazar edeleanu

Manusia pertama yang mengsintesis amphetamine, adalah Lazar Edeleanu, seorang ahli kimia Romania, pada tahun 1887 di Universiti Berlin. Ia bagaimanapun namun tidak digunakan secara klinikal. Stimulan jenis amphetamine ini dihasilkan sebagai alternatif kepada tumbuhan ephedra.

Ephedra adalah sejenis tumbuhan renek yang mana ekstraknya digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk lebih daripada 5,000 tahun. 

nagai nagayoshi

Dan pada tahun 1885, seorang ahli kimia yang berasal dari Jepun, Nagai Nagayoshi, telah menemukan bahan kimia yang aktif dalam ephedra ketika beliau sedang menuntut di Jerman. Bahan kimia jenis stimulan tersebut dikenali sebagai ephedrine. Susulan penemuan ini, Nagai telah berjaya mengsintesis methamphetamine buat pertama kali di dunia, daripada ephedrine, di Jepun.

Namun, methamphetamine sangat sukar untuk dhasiklan, sehinggalah seorang lagi ahli kimia Jepun, Akira Ogata, memperkemaskan proses penghasilan methamphetamine. Beliau telah menggunakan fosforus dan iodin untuk mengurangkan ephederine menjadi bentuk kristal, dan telah menghasilkan "crystal meth" yang pertama di dunia.

Perbezaan amphetamine dan methamphetamine

formula kimia amphetamine

Ramai yang menganggap kedua-dua jenis dadah ini adalah sama. Tidak, ia dua dadah yang berbeza, walaupun mempunyai banyak persamaan. Pertamanya, amphetamine adalah dadah yang bagus dan mempunyai pelbagai kegunaan, termasuklah dalam perubatan seperti pil diet, namun telah diharamkan kerana disalahgunakan.

Amphetamine juga mampu meningkatkan fokus dan memanjangkan kejelasan mental, dan oleh sebab itu ia digunakan dalam rawatan pesakit ADHD.

formula kimia methamphetamine

Bagi methamphetamine pula, ia adalah amphetamine yang telah di-metilkan sebanyak dua kali (ampthetamine di-metilkan hanya sekali). Dan disebabkan methamphetamine dimetilkan sebanyak dua kali, ia lebih cepat bertindak, lebih berkesan dan menyebabkan ketagihan yang kuat, membuatkan ia menjadi lebih bahaya.

Methamphetamine paling banyak digunakan sebagai dadah rekreasi yang digunakan untuk mendapatkan rasa khayal. Namun, methamphetamine hidroklorida digunakan dalam penghasilan ubat Desoxyn yang juga untuk merawat pesakit ADHD dan masalah obesiti oleh kanak-kanak dan orang dewasa, seperti amphetamine.

neuron serotonin

Methamphetamine adalah toksik kepada neuron otak dan juga telah terbukti merosakkan neuron serotonin dalam otak, manakala amphetamine tidak. 

Kedua-dua amphetamine dan methamphetamine tidak selamat untuk digunakan, tapi amphetamine digunakan dalam beberapa ubat ubat preskripsi. Amphetamine boleh diambil secara oral HANYA apabila ia digunakan BETUL-BETUL seperti apa yang diarahkan oleh doktor, dan dibawah pengawasan doktor.

Manakala bagi methamphetamine pula TIDAK SELAMAT untuk diambil secara oral dan tidak harus digunakan walau dengan alasan apa sekalipun.

Penggunaan awal methamphetamine dan Benzedrine

benzedrine inhaler amphetamine

Pada tahun 1932, syarikat farmaseutikal Amerika seperti Smith, Kline dan French mula memasarkan "inhaler amphetamine" bagi pesakit asma dan masalah hiung tersumbat. Inhaler tersebut yang diberi nama Benzedrine pada mulanya boleh didapati tanpa preskripsi doktor, dan orang mula mengetahui ia boleh memberikan "feel" dan rasa bertenaga.

Untuk mengatasi masalah ini, syarikat farmaseutikal mula menukarkan penghasilan Benzedrine dalam bentuk pil untuk merawat masalah narcolepsy iaitu masalah tidur.

Pengunaan methamphetamine ketika Perang Dunia Ke-2

Syarikat farmaseutikal Jerman, Temmler, pula telah memasarkan pil methamphetamine sebagai ubat tanpa preskripsi dibawah jenama Pervitin ketika Perang Dunia Kedua. Pil ini memberikan respon kepada badan sama seperti adrenalin yang memberikan rasa fokus dan berjaga-jaga, serta kesanggupan untuk mengambil risiko.

pill pervitin yang mengandungi methamphetamine dikeluarkan oleh syarikat jerman

Tentera-tentera Jepun, Amerika Syarikat, British dan juga Jerman dikatakan mengambil pil ini bagi meningkatkan ketahanan serta menangguhkan keletihan ketika perang berlangsung.

Malah, juruterbang Jepun yang diarahkan untuk "kamikaze" juga diberikan dos Pervitin yang tinggi sebelum melakukan misi bunuh diri itu. Pekerja Jepun di kilang-kilang turut mengambil pil ini untuk bekerja lebih masa.

Bagi tentera Jerman yang berada di barisan hadapan dan juruterbang jet pejuang diarahkan mengambil stimulan yang mengandungi gabungan methamphetamine dan kokain.

Makmal penghasilan dan penularan methamphetamine

makmal penghasilan syabu

Pada tahun 1980-an, Amerika Syarikat mula mengetatkan peraturan terhadap penjualan dan penggunaan epherine yang digunakan untuk menghasilkan meth kristal. Ia membuatkan makmal haram yang menghasilkan meth, mencari alternatif lain iaitu pseudoephedrine, sejenis bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan ubat selesema.

Menjelang awal tahun 1990-an, penggunaan meth kristal naik dengan mendadak, dan di antara tahun 1994 dan 2004, penggunaan meth di kalangan orang dewasa di Amerika Syarikat meningkat daripada 2% kepada 5%.

Dan pada tahun 2006, Laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggelarkan meth sebagai dadah yang paling banyak disalahgunakan di atas muka bumi.

Rujukan:

1. Drug Rehabs

2. Methoide

3. Narconon

4. History 




Hakcipta iluminasi.com (2017)