ustaz wadi anuar masih kritikal

Sumber foto: musicjinni.com

Mohamad Wadi Annuar Ayub nama penuh pendakwah bebas yang dikenali dengan nama Ustaz Wadi Anuar, 35, petang semalam telah dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, untuk mendapat rawatan lanjut.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Bagan Serai pada 7.04 malam Khamis lalu.

Ustaz Wadi masih berkeadaan kritikal, dua lagi penceramah yang juga pemandu kenderaan, Mohd Murtadza Mohd Yussof, 30, parah manakala rakannya, Muhd Hambali Zulkifli, 28, dan bapa kepada Mohd Murtadza iaitu Mohd Yussof Ahmad, 62, penumpang belakang mengalami kecederaan.

Menurut adik kepada Mohd Murtadza, Mohamad Yaakub Yusra, 27. Ustaz Wadi Anuar memerlukan rawatan lanjut bagi mengesan kemungkinan berlakunya pendarahan selepas difahamkan keluar cecair di hidung dan mulut, lewat petang Khamis.

Abangnya, masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan pada Khamis lalu. Mohamad Yaakub memberikan penjelasan berikut ketika dihubungi.

Harapan sekarang semoga kedua-dua ustaz terus diberikan kekuatan, kita doakan semuanya dipermudahkan.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)