Kredit foto: Instagram Ustaz Wadi Annuar

Siapa Ustaz Wadi Annuar (UWA)? Empunya nama sebenar Mohamad Wadi Annuar Ayub yang memiliki lebih 390,000 pengikut di laman Instagram (IG), @ustazwadiannuar_official ini adalah seorang penceramah agama dan pendakwah bebas di Malaysia.

Biodata

Nama penuh: Mohamad Wadi Annuar bin Ayub

Nama popular: Ustaz Wadi Annuar, Ustaz Wadi Anuar, UWA

Umur: 40 tahun (2023)

Asal: Negeri Kedah

Tarikh lahir: 20 September 1983

Pendidikan: Kelulusan Jurusan Syariah & Bahasa Arab, Institut Fatah Islami, Damsyik, Syiria

Kerjaya: Penceramah Agama, Pendakwah Bebas

Menetap di Sungai Petani, Kedah, pendakwah yang membina pengaruh kuat di platform media sosial Instagram dengan catatan lebih 390,000 pengikut menerusi nama akaun @ustazwadiannuar_official ini merupakan pengasas kepada institusi pendidikan dan kebajikan, Akademi Darul Iftak (ADI).

Namanya pernah tular di media rentetan kemalangan jalan raya yang menimpanya pada 3 Januari 2018 yang mengakibatkan dia berada dalam keadaan kritikal sebagai penumpang hadapan.

Rakan seperjuangannya, Mohd Murtadza yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu bagaimanapun meninggal dunia 10 hari kemudian, manakala rakan Murtadza, Muhd Hambali Zulkifli, serta bapa kepada Murtadza, Mohd Yussof Ahmad sebagai penumpang belakang, mengalami kecederaan ringan.

Latar Belakang Dan Pengalaman

1. Pernah menjadi pengetua Maahad Tahfiz Al-Annuar dari tahun 2016 hingga 2018.

2. Berkhidmat sebagai guru sekolah menengah di sekolah swasta dan sekolah agama bantuan kerajaan dari 2008 hingga 2015.

3. Pemegang tauliah mengajar di negeri Kedah.

4. Pernah dijemput sebagai panelis untuk rancangan Al-Kuliyyah yang bersiaran di saluran TV3.

5. Selebriti TV Al HIjrah rancangan Semusim Di Barzakh.

6. Penceramah di stesen radio IKIM FM.

7. Bergiat sebagai penceramah di masjid-masjid besar, antaranya Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Negeri Sultan Abdul Aziz Syah Alam, Masjid Al-Bukhari (Alor Setar, Kedah), Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah (Bukit Jelutong), Masjid Al-Falah Usj 9, Masjid At-Takwa (Bertam Indah, Pulau Pinang), Masjid Negeri Pahang (Sultan Ahmad Syah), Masjid Negeri Terengganu (Sultan Abidin), Masjid Sheikh Abdullah Fahim (Kepala Batas. Pulau Pinang) dan Masjid Khalid Al-Walid (Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementah).

8. Sukarelawan di Rumah Anak Yatim, Kg. Che Bema selama setahun pada 2013.

9. Sukarelawan Skuad Bantuan Banjir Besar Kuala Krai 2015.

10. Penyelaras Dana Sumbangan Fakir Miskin, Hari Raya Sungai Petani 2015-2016.

11. Penjawat posisi pengerusi bagi NGO Ikatan Ilmuwan Islam Kedah (Islami).

12. Terlibat dalam Jawatankuasa NGO Penawar Kedah.

Gambar

ustaz wadi

wadi anuar

ustaz wadi anuar

ceramah ustaz wadi anuar

ustaz wadi anuar wikipedia

ustaz wadi annuar

wadi anuar biodata

ustaz wadi anuar 2021

ustaz wadi anuar umur

biodata ustaz wadi annuar

Kredit foto: Instagram Ustaz Wadi Annuar

Video

Kredit video: Saat NYAWA Kamu Di Rentap | Ustaz Wadi Annuar

Sumber:

1. Facebook Ustaz Wadi Annuar

2. Akademi Darul Iftak

3. Ustaz Wadi Anuar dipindahkan ke HRPB

4. Ustaz Murtadza sudah tiada




Hakcipta iluminasi.com (2017)