Pasti ada diantara anda yang biasa dan selalu mengunjungi laman 9gag.com untuk mengisi masa lapang dan mendapatkan hiburan lawak ringan. Aku sendiri pun dulu selalu melayari laman 9gag ini untuk memudahkan aku tidur malam. Kini tidak lagi. 9gag kini dipenuhi dengan user yang kurang ajar dan tak kebanyakan diantara merasakan diri mereka 'civilized' walaupun hakikatnya sikap mereka sebenarnya tak ubah seperti kanak-kanak yang baru meningkat umur.
BESARKAN TEKS A- A+
Dulu 9gag ni menyeronokkan dengan 'meme' seperti troll science dan bermacam-macam lagi. Banyak komik strip di situ agak 'brilliant' dan genius. Semakin lama, user yang datang ke laman 9gag semakin kurang ajar dan offensive, tidak dapat dipastikan kenapa. Aku rasa mungkin kerana ramai user baru (orang muda) yang datang ke laman ini membuatkan user lama pun menjauhi laman tersebut.
Kalau anda lihat di 9gag sekarang, banyak posting berkaitan atheism ditambah dengan kutukan agama/tuhan kepercayaan orang lain. Bagi aku, perkara ini tidak menjadi masalah lagi kerana kita boleh menganggap itu hanya kepercayaan dia, jadi biarkan dia dengan kepercayaannya. Apa yang paling teruk di 9gag ini adalah mereka akan berasa lawak dan lucu apabila mereka mempermainkan orang lain. Kau bayangkanlah, mereka dengan slambernya boleh 'make fun' terhadap orang yang menghidap penyakit ataupun kurang upaya.
Ada juga banyak video-video kemalangan dan kematian yang dikongsi. Paling celaka, mereka suka popularkan pelacur dalam posting mereka. Bila kau baca pada bahagian komen, kau akan dapat merasakan tahap kebodohan user 9gag sudah sampai ke tahap kronik (teruk). Dulu kalau ternampak kereta tampal stiker '9gag' boleh la juga bunyikan hon sambil angkat tangan jerit "9gaggers!". hahaha. Kini, kalau kalau pakai t-shirt 9gag bersiar-siar, memang orang akan kata kau bajet civilized lah. Fak yu 9gag acah intelek.
tambahan : anti 9gag di reddit