Oleh pada 19 Jul 2018 kategori

aplikasi price catcher dari kpdnkk

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan berkenaan dengan pelaksanaan kembali Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 September ini.

Cukai SST ditetapkan pada kadar 10% bagi jualan dan 6% bagi perkhidmatan.

Ramai netizen yang meramalkan bahawa ia akan meningkatkan harga barang, seperti mana GST dan ada juga yang mengatakan pihak penjual dan pengeluar akan mengambil kesempatan ke atas cukai ini.

Sehubungan dengan itu, bagi memantau situasi yang tak diingini ini daripada berlaku dan membantu para pengguna, satu usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

sst bakal diperkenalkan pada september 2018

Kerajaan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melancarkan sebuah aplikasi telefon ringkas yang diberi nama "Price Catcher".

Price Catcher adalah satu inisiatif KPDNKK di bawah program 1Pengguna yang bertujuan mendidik dan memperkasakan pengguna supaya menjadi pengguna yang bijak, justeru, megnamalkan nilai-nilai yang lebih berhemah ketika berbelanja.

aplikasi price catcher 342

Aplikasi ini memberikan akses harga barangan kepada pengguna dari pelbagai lokasi dan premis perniagaan di seluruh negara daripada perniagaan pasar basah, kedai runcit sehinggalah ke pasaraya besar.

Ia juga memberikan fungsi carian dan perbandingan supaya pengguna boleh membuat pilihan yang lebih baik semasa berbelanja. Dengan ini, penjimatan wang, masa dan tenaga dapat dilakukan.

Ketika ini, Price Catcher menyenaraikan lebih daripada 446 barangan asas harian dan ia akan dipertingkatkan dalam masa terdekat.

Cara penggunaan

Cara penggunaan aplikasi ini sangat mudah, namun kami ingin menerangkan serba sedikit mengenainya. Sebagai contoh, anda ingin membeli serbuk minuman Milo.

melakukan pencarian di price catcher

1. Taip nama produk "Milo" di ruangan "nama barang".

Price Catcher secara automatiknya akan melakukan carian bagi barangan yang anda pilih di kawasan berdekatan.

hasil carian produk price catcehr

2. Setelah barangan dipaparkan, pilih sukatan barangan yang dikehendaki.

paparan carian barangan asas oleh price catcher

3. Hasil pilihan atau carian dipaparkan merangkumi semua kawasan yang dipilih.

Maklumat yang dipaparkan termasuklah harga dan maklumat permis.

paparan carian barangan asas oleh price catcher 118

4. Jika kawasan pilihan bukan tempat di mana anda tinggal, anda boleh menekat simbol "lokasi" di sebelah alamat premis, bagi memudahkan navigasi anda ke lokasi.

Memudahkan dan menjimatkan

Dengan semakan harga hanya di hujung jari, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk melakukan survey di setiap pasaraya yang ada bagi mendapatkan harga yang paling murah, walaupun di luar kawasan tempat tinggal.

Anda juga boleh memastikan harga produk sebelum membeli, dan sekiranya harga yang dipaparkan berbeza dengan harga di premis, aduan boleh dilakukan.

pengemaskinian harga petrol

Selain itu, pihak penjual juga boleh menggunakan aplikasi ini dan mereka mengetahui harga jualan oleh premis lain, memungkinkan mereka untuk mengurangkan harga bagi menarik pelanggan yang lebih ramai.

Aplikasi ini juga akan sentiasa mengemaskinikan harga petrol setiap minggu. Price Catcher boleh digunakan pada peranti mudah alih pintar Android dan iOS, serta di laman sesawang 1Pengguna di sini.

Selamat berbelanja dan menjadi pengguna yang bijak!



Hakcipta iluminasi.com (2017)