Berapa harga telefon pintar anda? Dengan teknologi yang sangat canggih, harga telefon pintar menjadi semakin murah dan mampu milik walaupun ada yang mencecah RM5,000. 

Namun, semahal-mahal telefon pintar anda, terdapat aplikasi telefon pintar yang lebih mahal. Berikut adalah antara 7 aplikasi telefon pintar yang paling mahal di dunia.

7. iRa C3 - RM3,500

BESARKAN TEKS     A-  A+

aplikasi telefon pintar paling mahal di dunia 4 738

Walaupun aplikasi ini percuma untuk dimuat turun, namun anda harus membayar RM3,500 setahun untuk menggunakannya.

Dihasilkan oleh Lextech Labs, iRa C3 merupakan satu pusat arahan video yang membolehkan anda mengawal, mengarahkan dan berkomunikasi dengan sebanyak mana sahaja suapan kamera langsung tanpa had melalui web, iPhone, iPad, iPod touch.

6. MobiGage NDI - RM3,900

aplikasi telefon pintar paling mahal di dunia 1

Anda seorang usahawan atau ahli perniagaan? Mungkin anda perlukan aplikasi ini. MobiGage NDI adalah sebuah aplikasi yang memberikan hasil pemeriksaan terperinci mengenai pelbagai bahagian dan pemasangan perkilangan. 

Ia mampu menyunting dan membuat rancangan ukuran, dan direka khas terutama untuk sistem pengukuran perindustrian. Aplikasi ini menggabungkan kesemua alat pengukur dan tolok, seperti angkup, tolok ketinggian, radius tolok dan macam-macam lagi.

5. AGRO - RM3,900 

aplikasi telefon pintar paling mahal di dunia 6

AGRO merupakan antara salah satu aplikasi terbaik untuk prusahaan pertanian. Anda boleh berhubung dengan klien untuk berbincang mengenai pelbagai perkara melalui aplikasi ini.

Ramai petani-petani mendapat manfaat daripada aplikasi ini melalui maklumat yang diperolehi seperti pelbagai jenis tanaman, racun serangga, racun perosak dan juga sektor kewangan.

4. Cybertuner - RM3,900

aplikasi telefon pintar paling mahal di dunia 5

Bagi yang meminati piano, ini untuk anda. Cybertuner adalah aplikasi tuner piano yang direka oleh pakar piano. Rekabentuknya sangat canggih dan mudah untuk digunakan serta boleh digunakan untuk semua jenis piano.

Ia sangat membantu sebahagian besar pemain piano professional bagi mendapatkan ketepatan ketika bermain alat muzik ini. Selain itu, anda juga boleh mahir dalam bermain dalam nada yang berbeza-beza dengan bantuan aplikasi ini.

3. APP Cash - RM3,900

aplikasi telefon pintar paling mahal di dunia 3

Di zaman serba canggih ini, ramai yang tidak lagi menggunakan wang tunai. Ia lebih mudah dan cepat, dan untuk menyelesaikan masalah ini, aplikasi APP Cash telah dihasilkan. Dengan bantuan aplikasi ini, anda boleh membayar secara terus dari bank anda.

Ia juga mempunyai kad debit Visa percuma yang anda boleh gunakan di mana-mana sahaja seperti hotel, kafe, pasar raya dan sebagainya. APP Cash mempunyai sistem keselamatan "128-bit encryption" yang membuatkan ia selamat untuk digunakan.

2. BarMAx - RM3,900

aplikasi telefon pintar paling mahal di dunia 2

Adakah anda seorang pelajar jurusan undang-undang yang bercita-cita untuk menjadi peguam terhebat dalam sejarah? Jika anda tak mahu mengambil kelas persediaan, mungkin anda patut membeli aplikasi ini.

Aplikasi BarMax dihasilkan oleh sekumpulan peguam dari Universiti Harvard yang merupakan sebuah kursus persediaan digital bagi menduduki peperiksaan bar di California dan New York. 

Ia dilengkapi dengan berjam-jam kuliah audio, beratus-ratus muka surat kajian kes dan lebih daripada seribu peperiksaan bar yang lepas. Menurut statistik, aplikasi ini telah membantu markah 70% daripada penggunanya.

1. VIP Black - RM4,700

aplikasi telefon pintar paling mahal di dunia

Dan aplikasi telefon pintar paling mahal adalah VIP Black dengan harga RM4,700. Seperti nama aplikasi ini sendiri, ia memberikan maklumat mengenai segala perkara berkaitan VIP termasuklah hotel, servis limosin, pesawat peribadi, restoran Gordon Ramsay dan banyak lagi.

Jika anda membeli aplikasi ini, anda akan ditawarkan tawaran menarik dan eksklusif, serta hadiah. Tapi sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan perundingan peribadi ini, anda harulah mengesahkan nilai kekayaan anda sebanyak RM61.78 juta terlebih dahulu.

Aplikasi ini dibangunkan oleh iVIP LTD. Jika anda tak mampu, anda boleh memuat turun aplikasi yang lebih rendah iaitu VIP Blue dengan harga RM1,751 atau VIP Red dengan percuma.

Rujukan :

1. iTunes

2. Complex

3. Teninsider




Hakcipta iluminasi.com (2017)