Dunia teknologi tanpa sempadan mempunya banyak kelebihan dan kekurangannya. Bagi ibu bapa, masalah utama mereka adalah memastikan anak-anak tidak menyalahgunakan kemudan internet untuk mengakses sesuatu yang tidak sepatutnya. Bagi mengawalkan akses anak-anak kepada internet, ada ibu bapa yang menggunakan software parental control pada komputer peribadi ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi menyokong usaha ini, Google baru sahaja melancarkan Family Link, iaity fungsi dimana ibu bapa boleh mengawal akses anak-anak mereka ketika menggunakan telefon pintar seperti membenarkan muat turun, akses ke laman web ataupun menetapkan masa penggunaan telefon oleh anak-anak. Google menyatakan aplikasi ini dibangunkan khas untuk kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke bawah.

Untuk menggunakannya, emak atau bapa dikehendaki memuat turun aplikasi ini dan mendaftar satu akaun baru untuk anak-anak mereka. Kemudian, pada aplikasi ini juga perlu dipasang pada telefon pintar anak dan emak/bapa dikehendaki mendaftar masuk menggunakan akaun yang telah didaftarkan oleh emak/bapa mereka.

family link

Aplikasi ini juga memudahkan ibu bapa memantau jumlah masa yang diluangkan anak-anak menggunakan telefon disamping membolehkan mereka mengunci telefon anak daripada jauh sekiranya melebihi masa yang dibenarkan untuk menggunakan telefon. Buat masa ini, aplikasi ini masih terhad dan akan dijangka diperluaskan penggunaannya kelak.

Usaha Google ini harus dipuji memandangkan kanak-kanak kini terlalu bebas melayari internet sehingga mereka terdedah kepada perkara yang tidak sepatutnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)