Sikap pihak berkuasa terhadap penggunaan nikotin dan rokok elektrik (e-rokok) secara amnya berbeza-beza di seluruh dunia.

Di United Kingdom, penggunaan e-rokok  atau vape pada asasnya digalakkan oleh agensi kesihatan kerajaan.

Oleh kerana merokok membebankan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan U.K. dari segi kos yang tinggi, jadi negara mampu menjimatkan wang jika perokok beralih kepada vape.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kebanyakan negara-negara lain juga membenarkan pasaran e-rokok yang terkawal, tetapi kerajaan kurang menyokong amalan ini.

Di Amerika Syarikat, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) mempunyai kuasa ke atas produk wap tetapi telah menghabiskan lapan tahun lalu dalam mencipta sistem kawal selia yang mampu berfungsi.

Kanada kelihatan seperti mengikuti model United Kingdom, tetapi seperti di Amerika Syarikat, setiap negeri bebas untuk membuat peraturan sendiri yang kadang-kadang bertentangan dengan matlamat kerajaan persekutuan.

Terdapat lebih daripada 40 buah negara yang mengenakan beberapa jenis larangan terhadap e-rokok , sama ada dari segi penggunaan, penjualan, pengimportan atau kombinasi semua ini.

awek isap vape

Ada negara yang mempunyai larangan penuh yang membuatkan rokok elektrik diharamkan, termasuk larangan penjualan dan pemilikan.

Larangan paling biasa dilihat di Asia, Timur Tengah dan Amerika Selatan, namun larangan nikotin yang paling terkenal menjadi milik Australia.

Sesetengah negara mempunyai peraturan yang mengelirukan, seperti di Jepun.

Di negara matahari terbit ini, penggunaan rokok elektrik adalah dibenarkan dan produk-produk dijual, kecuali cecair yang mengandungi nikotin yang mana menyalahi undang-undang.

Tetapi produk pemanas tembakau seperti IQOS adalah dibenarkan dan digunakan secara meluas. 

Sukar untuk meneliti dan mengesan semua perubahan yang berlaku berkenaan dengan undang-undang terhadap e-rokok .

Apa yang cuba dilakukan di sini adalah satu ringkasan terhadap negara-negara yang mempunyai larangan atau sekatan serius terhadap produk rokok elektrik.

Kenapa kebanyakan negara mengharamkan e-rokok?

vape atau rokok

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan penguatkuasan kawalan tembakau nya, Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC), sebuah perjanjian global yang ditandatangani oleh lebih daripada 180 buah negara, telah menggalakkan sekatan dan larangan ke atas e-rokok sejak produk terawal mulai tiba di Eropah dan Amerika Syarikat pada tahun 2007.

WHO adalah satu pengaruh yang kuat (dan biasanya yang paling kuat) terhadap dasar kesihatan dan merokok di banyak negara, terutama di negara-negara miskin di mana dana WHO membiayai program yang menggunakan banyak profesional kesihatan awam.

FCTC sendiri diketuai oleh penasihat dari organisasi anti-merokok Amerika seperti Kempen untuk Anak-Anak Bebas Tembakau, walaupun Amerika Syarikat tidak terlibat dalam perjanjian tersebut.

Oleh kerana kumpulan-kumpulan ini telah berjuang dengan sekeras-kerasnya menentang produk pengurangan kemudaratan terhadap tembakau dan rokok elektrik, kedudukan mereka telah diambil oleh FCTC, yang memberikan kesan yang sangat buruk bagi perokok di banyak negara.

FCTC telah menasihati ahli-ahlinya di kebanyakan negara untuk melarang atau mengawal rokok dengan ketat, walaupun dokumen perjanjian menyenaraikan bahawa produk pengurangan kemudaratan sebagai strategi yang dikehendaki untuk mengawal penggunaan tembakau.

Kebanyakan negara bergantung kepada jualan tembakau dan terutamanya jualan rokok untuk hasil cukai.

negara yang haramkan vape 648

Dalam beberapa kes, pegawai kerajaan jujur dengan pilihan mereka untuk mengharamkan atau membataskan produk rokok elektrik bagi mengekalkan pendapatan hasil jualan tembakau.

Selalunya, kerajaan memilih untuk memasukkan rokok elektrik dalam peraturan produk tembakau mereka, yang menjadikannya lebih mudah untuk mengenakan cukai hukuman terhadap pengguna.

Sebagai contoh, apabila Indonesia mengenakan cukai 57% ke atas e-rokok, seorang pegawai kementerian kewangan menjelaskan bahawa tujuan cukai itu adalah "untuk mengehadkan penggunaan e-rokok."

vape pod e cig haram

Penggunaan e-rokok secara umum di kebanyakan negara adalah terhad seperti menghisap rokok, sangat mirip dengan Amerika Syarikat.

Sekiranya anda tertanya-tanya sama ada anda boleh menghisap e-rokok di khalayak ramai di sesebuah negara, anda biasanya boleh melihat perokok lain di sekitar dan boleh bertanya tentang undang-undang setempat.

Namun jika anda ragu-ragu, jangan lakukannya. 

Senarai negara yang mengharamkan atau mengehadkan e-rokok

vaping di malaysia

Senarai yang dimiliki adalah agak luas, tetapi mungkin tidak begitu.

Undang-undang berubah secara kerap dan walaupun komunikasi antara organisasi advokasi bertambah baik, namun masih belum ada pusat maklumat tentang undang-undang e-rokok di seluruh dunia.

Senarai yang diperoleh datang dari satu gabungan sumber, termasuklah:

  1. Laporan Global State of Tobacco Harm Reduction dari organisasi advokasi pengurangan kemudaratan British iaitu Knowledge-Action-Change
  2. Laman sesawang Kempen Undang-undang Kawalan Tembakau untuk Kanak-kanak Bebas Tembakau
  3. Laman Kawalan Tembakau Global dihasilkan oleh penyelidik Universiti John Hopkins

Status sesetengah negara ditentukan oleh penyelidikan asal.

Sesetengah negara ini mempunyai pengharaman langsung mengenai kegunaan dan penjualan. Kebanyakan daripadanya hanya melarang penjualan dan beberapa negara hanya mengharamkan nikotin atau produk mengandungi nikotin.

Walaupun begitu, undang-undang diabaikan oleh orang ramai di kebanyakan negara namun masih ada yang menguatkuasakannya. 

Jika anda ingin melawat sesebuah negara, semak terlebih dahulu tentang peraturan penggunaan e-rokok. 

iluminasi.com kongsikan senarai negara yang mengenakan undang-undang ke atas e-rokok.

Benua Amerika

NegaraUndang-undang
Antigua and Barbuda Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
Argentina Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
BrazilPenggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
ChilePenjualan diharamkan, kecuali produk perubatan yang diluluskan 
ColombiaPenggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
MexicoPenggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan. Situasi di Mexico agak rumit tetapi secara teknikalnya adalah dilarang untuk menjual yang menyerupai produk tembakau. Walau bagaimanapun, terdapat komuniti e-rokok yang semakin membesar di negara ini. Pelancong yang membawa peralatan vape ke negara ini dilaporkan tidak diganggu oleh pegawai kastam atau polis.
NicaraguaPenggunaan diharamkan, penjualan nikotin diharamkan 
Panama Penggunaan diharamkan, penjualan nikotin diharamkan 
Suriname Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
Amerika SyarikatPenggunaan dan penjualan dibenarkan, tetapi penjualan produk selepas 8 Ogos 2016 diharamkan tanpa perintah pemasaran daripada FDA.
Uruguay Penggunaan dibenarkan, penjualan nikotin diharamkan
Venezuela Penggunaan dibenarkan dan penjualan diharamkan, kecuali produk perubatan yang diluluskan 

Benua Afrika

NegaraUndang-undang
Ethiopia Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
Gambia Diharamkan : Penggunaan dan penjualan diharamkan
Mauritius Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
Seychelles Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
Uganda Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan

Benua Asia

Negara Undang- undang

Bhutan 

Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan

Kemboja

Diharamkan : Penggunaan dan penjualan diharamkan

Timor Timur

Dipercayai diharamkan

 India

India tidak mempunyai larangan nasional ke atas e-rokok, tetapi kerajaan pusat telah menasihatkan semua negeri untuk mengharamkannya. Kerajaan India juga memiliki 30% daripada syarikat tembakau terbesar di negara ini.

Jepun

Penggunaan dan penjualan dibenarkan. Penjualan cecair mengandungi nikotin diharamkan.

Korea Utara

Dipercayai diharamkan

Malaysia

Walaupun penjualan produk mengandungi nikotin diharamkan, namun Malaysia mempunyai pasaran yang berkembang pesat. Pihak berkuasa sesekali menyerbu peruncit dan merampas produk.

Nepal  

Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan

Singapore 

Diharamkan: Penggunaan dan penjualan diharamkan. Pemilikian e-rokok juga dianggap sebagai jenayah yang boleh didenda sehingga RM4,500

Sri Lanka Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
Thailand Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan. Thailand telah mendapat reputasi baik dalam menguatkuasakan pengharaman pengimportan dan penjualan produk e-rokok dengan beberapa insiden berprofil tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk menahan pelancong e-rokok dengan caj "mengimport". Kerajaan dilaporkan menimbang semula peraturan keras terhadap e-rokok
Turkmenistan Diharamkan : Penggunaan dan penjualan diharamkan
Turkey Penggunaan dibenarkan, penjualan dan mengimport diharamkan
Australia 

Penggunaan diharamkan, penjualan nikotin diharamkan. Di Australia, memiliki atau menjual nikotin adalah haram tanpa preskripsi doktor, tetapi kecuali di sebuah negeri iaitu Australia Barat, peranti e-rokok dibenarkan dijual.

Atas sebab itu, terdapat pasaran yang berkembang maju meskipun undang-undang dikenakan. Denda untuk pemilikan berbeza dari satu negeri ke negari lain, tetapi hukuman agak keras.

Eropah

NegaraUndang-undang
NorwayPenggunaan dibenarkan, penjualan nikotin diharamkan
Vatican CityDipercayai diharamkan

Timur Tengah

Negara Undang-undang 
Bahrain Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan 
Brunei Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan 
Mesir Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
Iran Dipercayai penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
Jordan Penggunaan diharamkan, dipercayai penjualan diharamkan
Lubnan Dipercayai penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
Oman Dipercayai penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan
Qatar Diharamkan : Penggunaan dan penjualan diharamkan
Arab Saudi Penggunaan dibenarkan, penjualan diharamkan

Rujukan:

1. Vaping 360

2. The Sun

3. Smoketastic




Hakcipta iluminasi.com (2017)