uber startup kecil kepada syarikat gergasi

Tak ada kereta tapi nak keluar? Kalau dulu mesti anda garu kepala sebab harga teksi yang mahal. Tapi sekarang masalah itu tak timbul lagi dengan wujudnya Uber. Nak ke mana-mana semua mudah, dan lebih jimat. Malah, lebih mudah dan jimat berbanding memandu sendiri.

Sebelum kita menikmati kemudahan ini seperti sekarang, Travis Kalanick, pengasas bersama Uber terpaksa mengharungi pelbagai cabaran. 8 tahun lalu di San Francisco, Travis telah melancarkan startup yang diberi nama UberCab.

BESARKAN TEKS     A-  A+

bagaimana uber bermula penubuhannya

Dan kini, ia telah berkembang menjadi antara syarikat gergasi yang paling berjaya dan penuh kontroversi. Uber yang kini beroperasi di hampir 600 buah bandar di seluruh dunia dianggarkan bernilai RM272 billion.

Travis Kalanick pula dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak RM23 billion. Namun Uber dan Travis telah dilanda skandal demi skandal membuatkan masa depan syarikat gergasi ini menjadi tanda tanya.

Kehidupan awal

travis kalanick ketika muda

Membesar di Los Angeles, California, Travis bercita-cita untuk menjadi pengintip ketika masih kecil. Beliau seorang pelajar yang pintar dan aktif dalam sukan. Namun beliau kerap dibuli oleh pelajar yang lebih tua membuatkan Travis berjanji dengan dirinya untuk tidak lagi dibuli.

Bapa Travis merupakan seorang jurutera dan sejak kecil lagi beliau sudah mengikut jejak langkah ibunya yang merupakan seorang usahawan. Beliau menjual pisau dari rumah ke rumah ketika remaja. Dan ketika berusia 18 tahun Travis memulakan perniagaan pertamanya dengan menawarkan kursus persediaan SAT. 

Beliau kemudiannya menyambungkan pelajaran ke University of California dalam bidan kejuruteraan komputer dan ekonomi. Pada tahun 1998, beliau dan 2 rakan sekelasnya, Michael Todd and Vince Busam membuat keputusan untuk berhenti dan bekerja sepenuh masa di syarikat startup, Scour Inc.

travis ketika bersama scour

2 tahun bekerja di Scour, syarikat itu telah mengisytiharkan muflis akibat disaman RM973 billion atas dakwaan pelanggaran hakcipta. Namun Travis tak berhenti di situ dan pada tahun 2001, beliau bersama Michael Todd telah menubuhkan Red Swoosh, Red Swoosh, satu lagi syarikat perkongsian fail peer-to-peer (seperti Scour).

Hubungan antara Travis dan Michael menjadi renggang akibat perselisihan faham, ditambah pula dengan syarikat mereka yang semakin parah. Namun, Travis berjaya mengumpulkan dana bagi menyelamatkan Red Swoosh dan akhirnya beliau menjual Red Swoosh kepada Akamai dengan harga RM89 juta.

travis kalanick mengasaskan syarikat red swoosh

Dalam sekelip mata sahaja beliau menjadi jutawan.

Permulaan Uber

Pada tahun 2009, Travis menyertai Garret Camp yang menyuarakan idea mengenai Uber. Travis membayangkan Uber sebagai alternatif untuk mendapatkan teksi yang lebih murah. Garret mendapat idea ini kerana beliau dan rakannya membayar RM3,000 kepada pemandu persendirian.

idea asal uber adalah daripada garret camp

Sejak itu mereka memikirkan cara untuk mendapatkan teksi yang lebih murah. Prototaip Uber yang pertama dibina oleh Garret dan 2 rakannya iaitu Oscar Salazar dan Conrad Whelan yang diberi nama UberCab.

Travis pula dilantik sebagai penasihat syarikat, yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada Disember 2010.

logo asal ubercab

 Ia dilancarkan pertama kali di San Francisco pada Jun 2010. Dengan UberCab, pelanggan boleh memanggil kereta di San Francisco dengan hanya menghantar mesej, dengan caj 1.5 kali ganda teksi biasa.

Mendapat sambutan hangat

Ia mendapat sambutan hangat ketika awal pelancarannya, namun tiada pelabur yang berminat dengan syarikat ini. Namun bermula hujung tahun 2010 Uber telah mengumpulkan wang sebanyak RM4.8 juta daripada rakan Travis, Chris Sacca dan pengasas bersama Napster, Shawn Fanning.

uber new york

Uber berkembang ke bandar-bandar di Amerika Syarikat yang lain termasuklah New York pada Mei 2010 yang mana antara pasaran Uber terbesar dengan lebih 168,000 teksi Uber dilanggan setiap hari.

Melihatkan sambutan yang hangat, Uber mengembangkan sayap ke Paris, bandar pertama di luar Amerika Syarikat. Dan kini anda boleh menikmati perkhidmatan Uber di kebanyakan bandar besar di Malaysia dengan hanya satu butang di telefon pintar anda.

Kontroversi Travis dan Uber

travis kalanick digelar sebagai berlagak dan melulu

Personaliti Travis digambarkan sebagai seorang yang berlagak dan melulu, yang mana merupakan antara sebab Uber berjaya, dan juga sebab kepada hentaman terhadap dirinya dan syarikat tersebut.

Skandal pertama yang melanda Uber adalah pada tahun 2014 apabila Travis menggelarkan perkhidmatan itu sebagai "boob-er" kerana ia membantu menjadi penarik wanita.

Pada tahun 2017, dilaporkan bahawa dakwaan gangguan seksual berlaku di Uber dan ia diketahui Travis namun tiada tindakan di ambil.

Dan pda Februari 2017 pula, bekas pekerja,, Susan Fowler telah mendakwa beliau menerima gangguan seksual di Uber dan berasakan layanan tidak adil disebabkan jantinanya ketika bekerja di syarikat tersebut.

Satu lagi skandal di mana sebuah rakaman video menunjukkan Travis hilang sabar ketika bertengkar dengan seorang pemandu Uber selepas menegur Travis tambang Uber yang dikurangkan.

Uber juga sedang bertempur dengan Google berkenaan teknologi kereta pandu sendiri. Google mendakwa Uber merancang bersama bekas pekerja Google, Anthony Levandowski bagi mencuri teknologi penting daripada Google.

Selepas 7 tahun menjadi CEO Uber, akhirnya Travis Kalanick berundur diri disebabkan tekanan daripada pelabur yang majoritinya menganggap beliau sebagai liabiliti untuk kekal dalam lembaga pengarah.

Rujukan :

1. Business Insider

2. Inc Asean

3. Investopedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)