Walaupun sukar untuk diterima, sesetengah individu menganggap bahawa ibu bapa mereka yang sudah tua dan uzur sebagai satu beban kepada mereka. Dengan kesibukan bekerja ditambah lagi tanggungjawab dengan pasangan dan anak masing-masing, ibu bapa yang uzur sering terabai.

Kisah anak-anak yang "membuang" ibu bapa ke pusat jagaan orang tua bukan hanya sekadar gambaran dalam filem, tetapi realiti yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita. Bagi yang beragama Islam, perkara ini tentulah menyedihkan kerana kita diajar untuk berbakti dan tidak menyakiti ibu bapa sehingga ke akhir hayat mereka

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di Jepun, budaya ini dikenali dengan terma "ubasute" atau "ubasuteyama". Malah, budaya ini  juga turut diceritakan dalam kisah-kisah lama rakyat Jepun.

Budaya "ubasute" yang menyedihkan

budaya jepun ubasute

Perkataan "ubasute" jika dterjemahkan secara literal membawa maksud "meninggalkan wanita tua". Menurut kisah rakyat Jepun, pada waktu dahulu budaya ini banyak dipraktikkan dalam keluarga yang menghadapi saat yang sukar dalam hidup.

Kesukaran hidup memaksa anak-anak membawa ibu bapa mereka sudah uzur ke puncak gunung sebelum meninggalkan mereka di sana, meninggalkan mereka yang lemah ini mati dalam usaha untuk mengurangkan kos hidup dan mengelakkan kebuluran. 

Walaupun sesetengah pihak mendakwa bahawa amalan-amalan ini hanyalah rekaan dalam kisah-kisah lama, ada yang mengatakan bahawa Ubasute mempunyai perkaitan dengan kewujudan kawasan bunuh diri di Jepun yang dikenali sebagai Suicide Forest.

Sementara itu, buku Kodansha Illustrated Encyclopedia pula menyatakan bahawa budaya ini banyak diceritakan dalam cerita rakyat lama dan mungkin bukannya amalan biasa yang diamalakan oleh sebahagian besar rakyat Jepun suatu waktu dahulu. Namun, ia tidak menolak kemungkinan segelintir rakyat yang mengamalkannya.

Asal-usul budaya "ubasute"

budaya orang jepun buang orang tua

Kelaziman amalan ini secara langsung sesuai dengan keadaan tahap makro di suatu kawasan tertentu di mana telah berlakunya tahun-tahun kemarau yang panjang atau kebuluran yang seterusnya akan menimbulkan perasaan malu dalam kalangan keluarga Jepun.

Keadaan ini juga boleh terjadi sekiranya terdapat kejadian yang tidak diingini seperti musim hujan lebat, serangan serangga pemakan tanaman atau letusan gunung berapi seperti yang dipernah direkodkan di Gunung Mt. Asama pada tahun 1783.

Dengan terputusnya bekalan makanan, keadaan yang buruk ini menyebabkan keluarga Jepun mengambil langkah-langkah yang drastik dan melampau untuk memastikan kelangsungan hidup. Dan mengikut cerita rakyat, budaya membuang ibu bapa yang sudah tua inilah yang sering dipraktikkan.

Amalan "ubasute" yang dipraktikkan

hutan aokigahara

Pertama, ahli keluarga akan memilih seorang orang tua, biasanya seorang wanita yang tidak lagi mampu bekerja, untuk "berhiijrah" dengan salah seorang anak lelakinya. Anak lelaki tersebut akan mendukungnya ibunya dan akan mendaki ke puncak gunung.

Di sepanjang perjalanan tersebut, wanita tua itu akan mematah-matahkan ranting dan bahagian-bahagian pokok dan mencampakkannya di atas tanah. Ranting-ranting pokok ini berfungsi sebagai penanda arah bagi anaknya itu pulang setelah meninggalkan mereka di puncak gunung.

Bagi wanita tua tersebut, "ubasute" dianggapn sebagai sebuah ritual dimana dia mengorbankan dirinya bagi memastikan keluarganya dapat terus hidup. Sebaik sahaja mereka tiba di puncak, anak lelaki itu akan meninggalkan ibunya dan memulakan perjalanan pulang ke rumahnya.

Wanita tua yang sudah uzur itu tidak lagi mampu berbuat apa-apa selain menunggu malam demi malam sehingga akhirnya bertemu ajal kerana kebuluran, dehidrasi, atau hipotermia, atau gabungan semua perkara di atas.. Satu pengakhiran yang pastinya sangat menyeksakan.

Tidak semua amalan budaya ini dipraktikkan dengan membawa wanita tua ke puncak gunung. Sesetengah keluarga memilih untuk meninggalkan mereka yang tersayang jauh di dalam kawasan hutan lebat. Pemilihan lokasi ini kerana objektif utama "ubasute" adalah meletakkan orang tua mereka di lokasi di mana makanan, tempat tinggal dan hubungan sesama manusia terputus sama sekali, seterusnya menjamin kematian wanita tua itu.

Maka, tidak hairanlah sesetengah pihak cuba mengaitkan amalan ini dengan kewujudan  “Suicide Forest” di Aokigahara yang terletak di kaki Gunung Fuji.

Ubasute - Sekadar kisah rakyat atau realiti?

buang ibu bapa

Ramai pihak beranggapan amalan ubasute sebahagian besarnya terhad kepada cerita rakyat semata-mata kerana tidak terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa ia telah dijalankan secara meluas pada masa lalu.

Walau bagaimanapun, kisah-kisah ini mungkin telah memberi inspirasi kepada amalan membuang orang tua pada zaman moden kerana ada laporan bahawa amalan ini sedang 'dihidupkan semula'.

Pada tahun 2015, misalnya, dilaporkan bahawa seorang lelaki berusia 63 tahun dituduh meninggalkan kakaknya yang kurang upaya di atas gunung sehingga mati. Dalam laporan lain, pada tahun 2018, seorang wanita ditangkap kerana meninggalkan ayahnya yang telah uzur di sebuah pusat servis di lebuh raya.

Di samping itu, didorong oleh faktor kemiskinan, semakin banyak orang menghantar warga tua ke hospital dan pusat jagaan orang tua. Oleh kerana bilangan orang tua di negara ini terus meningkat, sementara kadar kesuburannya menurun, ditambah dengan kelembapan ekonomi, dijangka amalan ini akan menjadi satu kebiasaan pada masa akan datang di Jepun.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. NZ Herald
  3. Ancient Origin 



Hakcipta iluminasi.com (2017)