Oleh pada 02 Aug 2017 kategori

Sumber: Harian Metro

Gara-gara isu yang melanda perkahwinan penyanyi Aliff Aziz, seorang ahli perniagaan, Mohd Faris menerima tempiasnya apabila beliau dikunjungi 7000 mesej melalui aplikasi Whatsapp, lebih 400 penggilan telefon dan hampir 100 SMS memaki hamun dan mencabarnya untuk bergaduh.

Semuanya bermula apabila nombor telefonnya dikongsi di laman Twitter milik Aliff.

terkena tempias isu perkahwinan aliff aziz ahli perniagaan buat laporan polis 2

Kredit foto: mynewshub.cc

Saya bukan Aliff Aziz, tolong berhenti hubungi nombor telefon saya. Saya mula terima gangguan pada 5 pagi semalam dan tak tahu apa-apa sehinggalah tunang saya beritahu yang nombor saya sudah disebarkan. Ada yang masukkan saya dalam kumpulan Whatsapp dan ada juga yang saya sudah jelaskan yang tertera dalam Twitter itu bukan nombor Aliff. Bagaimanapun, sehingga sekarang saya masih diganggu tanpa henti walaupun saya sudah kongsi di Facebook (FB) dan buat laporan polis.

Sumber: Harian Metro  

Susulan itu, Faris membuat laporan di balai polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan harapan tidak akan ada lagi gangguan yang menyusul selepas ini.

Satu azab saya rasa sebab panggilan tak henti-henti sehingga menyukarkan saya untuk menjalankan perniagaan. Nombor itu memang saya khaskan untuk urusan perniagaan sejak saya gunakan dua minggu lalu. Kepada anda di luar sana, tolonglah berhenti ganggu saya. Kepada tukang sebar, tolong jangan menyusahkan orang lain. Sebab anda, saya yang terseksa. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang kongsikan nombor telefon saya di media sosial.

Sumber: Harian Metro

Dalam pada itu, Aliff dalam kenyataan sidang medianya yang berlangsung baru-baru ini mengesahkan akaun Twitternya telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)