Tak perlu diperkenalkan siapa Albert Einstein. Individu genius yang berasal dari Ulm, Jerman ini telah menyumbang buah fikirannya dalam bidang matematik dan fizik yang telah merevolusikan dunia sains moden. 

Walaupun begitu, pada masa kini Einstein hanya dikaitkan dengan satu formula mudah iaitu E=mc2. Ramai yang menggelarkan ia sebagai formula paling popular di dunia, dan orang-orang yang tak tahu apa-apa mengenai fizik pun mengenali formula ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di sebalik populariti Einstein, masih banyak perkara yang tidak diketahui mengenai diri dan hidup individu ini dan iluminasi.com ingin kongsikan dengan pembaca 12 fakta menarik dan pelik mengenai Albert Einstein.

1. Einstein tak pernah gagal matematik

12 fakta aneh dan menarik mengenai albert einstein 3

"Fakta" yang paling popular mengenai Einstein di internet adalah beliau pernah gagal dalam matematik yang mana mungkin disebarkan untuk tidak terlalu membezakan beliau dengan manusia lain. Namun, ia adalah tidak benar. Secara keseluruhannya, Einstein adalah pelajar biasa, namun matematik adalah subjek yang paling cemerlang bagi genius ini.

Namun, Einstein pernah gagal dalam ujian masuk ke universiti. Pada tahun 1895 di mana ketika itu beliau baru berusia 16 tahun telah mengambil ujian masuk ke Politeknik Persekutuan Switzerland iaitu kolej teknologi, kejuruteraan dan matematik. 

Walaupun markah matematik dan fizik beliau sangat cemerlang namun markah ujian lain tidak begitu memberangsangkan membuatkan Einstein tidak diterima masuk.

2. Membantu penghasilan senjata nuklear

12 fakta aneh dan menarik mengenai albert einstein 4

Namun, ia tidaklah seperti yang anda sangka. Penglibatan Einstein dalam hal ini sering disalahtafsirkan yang mana ramai mendakwa beliau membantu menghasilkan bom atom.

Hakikatnya, apa yang dilakukannya adalah menulis surat kepada Presiden AS iaitu Franklin D. Roosevelt menggalakkan beliau untuk memulakan kerja terhadap senjata itu yang telah membawa kepada penghasilan Projek Manhattan, yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bom tersebut.

3. Ahli muzik yang hebat

12 fakta aneh dan menarik mengenai albert einstein 5

Jika tahap ke-genius-an tak mampu memberikan apa-apa kebaikan kepada Einstein, mungkin beliau akan menjadi seorang ahli muzik. Ibu beliau mahir bermain piano jadi kecintaan terhadap muzik ditanamkan melalui kelas biola seawal usia 5 tahun.

4. Hampir-hampir menjadi presiden Israel

12 fakta aneh dan menarik mengenai albert einstein 6

Selepas kematian presiden pertama Israel, Chaim Weizmann pada tahun 1952, Einstein telah ditawarkan untuk menggantikan jawatan tersebut. Namun, tawaran itu ditolak beliau.

5. Sudah tahu akan menang Hadiah Nobel

12 fakta aneh dan menarik mengenai albert einstein 7

Pada tahun 1919, ketika berbincang mengenai perceraian dengan isteri pertamanya, Einstein menjanjikan isterinya hadiah wang tunai dari Hadiah Nobel yang belum pun dimenanginya lagi.

Tahap keyakinan beliau yang tinggi itu membuahkan hasil apabila Einstein memenangi anugerah itu dan wang tersebut diberikan kepada isterinya seperti yang dijanjikan.

6. Dilahirkan dengan kepala yang sangat besar

12 fakta aneh dan menarik mengenai albert einstein 8

Selepas kelahiran Einstein, ibunya sangat bimbangkan jika bayi yang dilahirkan itu cacat. Namun doktor berjaya meyakingkan ibunya dan dalam masa beberapa minggu, badan Einstein membesar selari dengan kepalanya yang besar.

7. Perkembangan pertuturan ketika kanak-kanak yang sangat perlahan

12 fakta aneh dan menarik mengenai albert einstein 9

Mengejutkan, Einstein tidak boleh bercakap sehingga usia 4 tahun. Hal ini dijadikan istilah kepada individu yang sangat pintar yang mempunyai masalah percakapan di awal usia kanak-kanak, yang dikenali sebagai Sindrom Einstein.

8. Saiz otak yang lebih besar daripada orang biasa

12 fakta aneh dan menarik mengenai albert einstein 10

Ramai saintis dan penyelidik telah mengkaji otak Einstein sejak kematiannya kerana banyak persoalan yang timbul. Namun, satu kajian mendapati bahawa lobus parietal Einstein, iaitu bahagian otak yang bertanggungjawab ke atas pemikiran matematik, kognisi visuospatial, dan imejan pergerakan adalah 15% lebih besar daripada otak orang biasa.

9. Otak dicuri

12 fakta aneh dan menarik mengenai albert einstein 0

Selepas kematian Einstein, ahli patologi yang melakukan autopsi ke atas otak beliau telah mengambilnya tanpa izin. Akhirnya saintis ini mendapat izin daripada anak Einstein namun dipecat dari Universiti Princeton kerana tidak mahu memulangkan otak Einstein. Otak itu disimpan oleh saintis ini selama 40 tahun sebelum diserahkan kembali pada tahun 1998.

Otak Einstein bukanlah satu-satunya organ yang dipelihara selepas kematiannya. Doktor yang sama telah mengambil mata Einstein dan memberikannya kepada doktor mata yang juga rakan Einstein iaitu Henry Adams.

Henry Adams kemudiannya menyimpan mata tersebut dalam peti deposit di New York yang mana kekal sehingga hari ini.

10. Tinggalkan tanah air kerana Adolf Hitler

12 fakta aneh dan menarik mengenai albert einstein 11

Pada Februari 1933 iaitu sebulan selepas Adolf Hitler menjadi canselor Jerman, Einstein berhijrah ke Amerika Syarikat dan tidak lagi berpatah balik. Mengetahui Jerman bukan lagi tempat yang selamat untuk orang Yahudi, Einstein tidak pernah kembali ke negara asalnya itu.

11. Kembangkan teori sains ketika bekerja sebagai kerani

12 fakta aneh dan menarik mengenai albert einstein 12

Selepas memasuki abad ke-20, Albert Einstein yang berusia 20-an memerlukan kerja yang memberikan pendapatan tetap, membuatkan beliau bekerja sebagai kerani paten di pejabat Swiss. Di situ, beliau menilai penyerahan paten yang mana beliau kuasai dengan cepat dan memberikan masa kepada Einstein untuk merumuskan teori-teori nya yang mengubah dunia.

12. Tak diterima bekerja dalam bidang akademik hampir 10 tahun

12 fakta aneh dan menarik mengenai albert einstein 01

Antara faktor yang menyebabkan Einstein terpaksa menerima kerja sebagai kerani paten adalah tiada institusi akademik yang mahu mengambilnya bekerja.

Walaupun profesor-profesor beliau tahu bahawa Einstein adalah seorang yang sangat pintar, mereka juga melihat perangai beliau yang suka memberontak dan sukar dikawal membuatkan mereka tidak mahu mengesyorkan belia kepada beberapa jawatan di universiti.




Hakcipta iluminasi.com (2017)