Kredit foto: mediapermata.com.bn & star2.com

Penyanyi Syamel memberitahu nyanyian lagu Diari Hatimu olehnya di pentas Konsert AF Megastar Homecoming telahpun mendapat keizinan daripada penyanyi asal, Datuk Siti Nurhaliza.

Menurut Syamel, dia terlebih dahulu berhubung dengan Siti sebelum membuat persembahan tersebut.

Apa yang menarik, permohonannya bukan sahaja mendapat kebenaran, malah penyanyi itu turut bermurah hati berkongsi tips tentang cara menjiwai lagu.

tips rahmat siti nurhaliza sebelum persembahan syamel bawa tuah 2

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Sebenarnya sebelum ini, saya sudah meminta izin Siti Nurhaliza untuk menyanyikan lagunya. Ya lah, pada saya tidak manis jika saya menyanyikan lagunya tanpa meminta izin. Sekurang-kurang saya mendapat restu daripada penyanyi terkenal tanah air. Saya gembira kerana Siti dengan berbesar hati membenarkan saya menyanyikan lagunya, malah turut memberikan pesanan yang berguna untuk persembahan saya. Antara pesanan dan tips yang diberikan kepada saya adalah katanya 'menyanyilah sebagai seorang pejuang cinta', apa yang saya faham maknanya menyanyilah dengan seikhlas hati. Pesanan itu sungguh memberi makna dan membantu dalam persembahan saya. Alhamdulilah, persembahan saya malam tadi mendapat respon yang postitif dari penyanyi asalnya, saya rasa sangat-sangat terharu.
Sumber: Astro Gempak

Syamel membuat kenyataan tersebut di Konsert AF Megastar Homecoming Minggu Kedua yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam pada Ahad.

Terdahulu, Siti menerusi laman Twitter melahirkan penghargaan kepada Syamel dan memuji penyanyi itu yang berjaya membuat persembahan yang memukau.

Dalam pada itu, Naib Juara Akademi Fantasia 2015 itu mendedahkan perasaannya bercampur-baur ketika menyertai persaingan Konsert Homecoming sehingga ke saat terpilih antara 12 peserta AF Megastar.

tips rahmat siti nurhaliza sebelum persembahan syamel bawa tuah 3

Kredit foto: Instagram Syamel

Sebenarnya rasa gementar saya hilang selepas diumumkan antara 12 bintang yang terpilih. Namun saya kembali gementar bila memikirkan saya perlu melakukan persembahan bersama bintang lain pada minggu hadapan. Apa-apa pun saya bersyukur dan gembira, malah saya akan pastikan saya lakukan yang terbaik di AF Megastar.
Sumber: Astro Gempak

AF Megastar ke udara secara langsung di saluran Astro Ria, setiap hari Ahad, jam 9 malam. Dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)