ini respon siti nurhaliza selepas syamel bawa lagunya di af megastar 1

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia & zamkata.blogspot.my

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza terpegun menyaksikan persembahan Syamel yang membawakan semula lagu popularnya Diari Hatimu di AF Megastar semalam.

Siti meluahkan pendapat tersebut di laman Twitter sejurus selepas persembahan selesai.

ini respon siti nurhaliza selepas syamel bawa lagunya di af megastar 2

Kredit foto: Twitter Siti Nurhaliza
Oh Syamel nyanyian itu sangat memukau.

Dalam pada itu, nyanyian Naib Juara AF2015 itu turut mendapat maklum balas positif daripada netizen di laman sosial.

Mereka menghargai kelainan yang cuba dibawa Syamel dengan menyanyikan lagu Siti dalam versi muzik yang berbeza.

Nafas baru Diari Hatimu dalam olahannya ternyata membawa tuah apabila penyanyi itu menjadi antara 12 peserta yang terpilih ke konsert mingguan AF Megastar yang akan bermula pada minggu hadapan.

ini respon siti nurhaliza selepas syamel bawa lagunya di af megastar 3

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Selain Syamel, 11 lagi nama yang terpilih adalah Azhar, Indah Ruhaila, Idayu, Bob, Marsha, Ewal, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir dan Sufi.

Keputusan malam tersebut ditentukan sepenuhnya oleh dua juri tetap iaitu pengarah muzik Datuk Ramli MS dan guru vokal Syafinaz Selamat serta juri jemputan, penyanyi Ziana Zain.

AF Megastar ke udara secara langsung di saluran Astro Ria, setiap hari Ahad, jam 9 malam.


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)