Oleh pada 26 Apr 2017 kategori

saya tidak pasti mengapa dalam televisyen nyanyian saya sumbang syamel 1

Kredit foto: Instagram Syamel

Penyanyi Syamel mengakui berasa terkejut apabila nyanyiannya di karpet merah Anugerah MeleTOP Era (AME) 2017 malam Ahad lalu dikatakan sumbang dan tidak mengikut tempo.

Bagaimanapun selepas menonton kembali persembahannya menerusi siaran ulangan di televisyen, dia akhirnya akur dengan dakwaan itu. 

Saya tidak pasti apa yang berlaku tetapi apabila saya menonton sendiri persembahan saya di televisyen ia memang ke ‘laut’. Wahal semasa menyanyi secara langsung rasanya tiada sebarang masalah malah nada nyanyian saya juga baik dan mengikut tempo. Malah saya hadir sesi latihan sebagai mempersiapkan diri selain untuk memastikan tidak akan timbul masalah.

Sumber: Mstar

saya tidak pasti mengapa dalam televisyen nyanyian saya sumbang syamel 2

Kredit foto: Mstar

Menurut Syamel lagi, dia yakin persembahan vokalnya pada malam itu adalah dalam keadaan baik. Justeru gangguan teknikal mungkin menjadi punca kepada masalah tersebut. 

Apa yang saya perhatikan penonton yang berada di karpet merah semua menyanyi bersama dan tiada pula beritahu saya menyanyi sumbang. Saya sendiri tidak pasti mengapa dalam televisyen nyanyian saya sumbang dan ia mungkin kerana masalah teknikal.

Sumber: Mstar

Sementara itu, Syamel juga mendakwa populariti lagu tersebut turut menjadi sebab mengapa nyanyiannya mendapat perhatian dan kritikan ramai. 

saya tidak pasti mengapa dalam televisyen nyanyian saya sumbang syamel 3

Kredit foto: Instagram Syamel 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)