Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Kehebatan vokal Ernie Zakri, penyanyi baru yang juga anak buah kepada penyanyi Ziana Zain mendapat perhatian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Datuk Siti menyifatkan penyanyi muda itu sebagai berbakat besar dan mempunyai masa depan cerah dalam industri hiburan jika mendapat saluran yang betul. 

siti nurhaliza kagum bakat ernie anak buah ziana zain 2

Kredit foto: Instagram Ernie Zakri

Saya dan suami, Datuk Khalid adalah peminatnya. Kami sering kali juga menonton persembahannya. Dia mempunyai suara yang hebat ditambah pula dengan teknik vokal yang mantap. Saya tertarik dengan nyanyiannya sewaktu melihat dia menyampaikan lagu Bust Your Window (nyanyian asal Jazmine Sulllivan) di laman sosial Instagramnya. Suaranya cukup unik. Dia juga seorang penyanyi yang kalau dibagi apa sahaja lagu, dia boleh menyampaikannya dengan baik. Boleh dikatakan, bakat dia memang dahsyat.

Sumber: Utusan Online

Ernie kini popular dengan lagu Jangan Marah yang sedang hangat dimainkan di corong-corong radio. Sebelum ini, Ernie bersama penyanyi Syamel mendapat kedudukan pertama dalam pertandingan akhir Duo Star yang berlangsung Februari lalu. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)