Sotong merupakan sejenis haiwan laut yang bertulang satu serta mempunyai 8 tangan dan 2 tentakel yang lebih panjang dari tangannya. Sebenarnya banyak resepi untuk masakan sotong, antaranya adalah sotong goreng tepung,sotong goreng kunyit, masak kicap sotong, ketupat sotong dan pelbagai jenis lagi. Selalunya anda dapat tips untuk memilih ikan yang segar, tetapi bagaimana pula tips untuk memilih sotong yang segar?
BESARKAN TEKS A- A+
Sotong yang selalu menjadi pilihan adalah jenis sotong putih ataupon dikenali sebagai sotong cumi. Sotong jenis ni banyak dijual di pasar malah terdapat juga pasaraya besar yang menjualnya. Harga pasaran sotong ini adalah sekitar RM12 sehingga mencecah RM50 mengikut saiz dan juga kesegarannya. Memilih sotong segar memerlukan sedikit ilmu dan juga ketelitian. Antara tips untuk memilih sotong adalah seperti berikut.
Tips Pilih Sotong Segar
- Struktur badan sotong segar lebih pejal, badannya kenyal dan tidak lembik ketika ditekan.
- Kepala dan badan sotong tidak tertanggal apabila diangkat.
- Matanya bulat,tidak berkedut dan juga bersinar.
- Badan sotong berwarna putih dan terdapat sedikit bintik hitam. Apabila dibiar terlalu lama kulit sotong akan bertukar menjadi warna kemerahan serta keunguan.
- Sotong segar biasanya masih berlendir dan juga tidak berbau hanyir.
- Badan sotong yang terluka atau terkoyak tidak mempunyai kesan hitam.
- Dakwat hitam tidak keluar dari bahagian dalam sotong.
Ini diantara tips-tips untuk anda memilih sotong yang segar. Semoga tips ini dapat membantu anda untuk menjadi lebih bijak dalam membuat pilihan ketika membeli sotong segar. Sotong yang segar rasanya manis dan sedap apabila dimasak. Selamat mencuba.