Pasti anda tidak pernah melihat imej x-ray 17 ekor haiwan ketika mereka sedang bunting. Mungkin artikel ini akan membuatkan anda berfikir betapa indahnya dunia semulajadi dan segala yang ada di dalamnya. Terima kasih kepada teknologi harini, kita dapat melihat bayi-bayi haiwan ini ketika mereka masih di dalam perut.

1. Guinea Pig 

Tempoh Guinea Pig hamil adalah sekitar 65 hari. Guinea Pig betina selalunya mula mencapai tahap kematangan seksual dalam tempoh 3 hingga 4 minggu selepas dilahirkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

2. Boa Constrictor 

boa constricter bunting

Boa ini berbeza daripada ular sawa walaupun daripada fizikalnya seakan sama. Perbezaan ketara antara keduannya adalah boa melahirkan (beranak) manakala ular sawa (Python) bertelur. Boa betina berupaya melahirkan sehingga 60 ekor anak dalam satu-satu masa.

3. Chinchilla (Keluarga Hamster)

chinchilla bunting

Tempoh kehamilan chinchilla adalah selama 111 hari, lebih lama berbanding kebanyakan roden (keluar hamster, tikus, etc). Disebabkan tempoh kehamilan yang lama, chinchilla dilahirkan dengan fizikal yang berbulu penuh dan mata sudah terbuka. 

4. Kelawar

x ray kelawar bunting

Kelawar terkenal sebagai binatang yang terbang dalam kawanan (kumpulan) dan kerap kali melakukan akrobatik udara sebagai ritual reproduksi. Bayi kelawar dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai pups, dan mereka ini selalunya akan dijaga dengan bantuan daripada ibu-ibu kelawar yang lain. 

5. Cicak Pokok (Lamprolepis smaragdina)

x ray cicak pokok bunting

Walaupun kebanyakan spesis cicak adalah daripada yang jenis oviparous, yakni bertelur dengan meletakkan telur dalam cengkaman, namun cicak pokok spesis ini adalah ovoviviparous, yakni telur menetas di dalam badan. 

6. Chameleon

x ray chameleon bunting

Spesis Chameleon yang oviparous akan mengeluarkan telur antara tempoh 3 hingga 6 minggu selepas hubungan seksual. Chameleon betina akan mengorek sebuah lubang dengan kedalaman antara 10 hingga 30 cm bagi memeram telur-telurnya.

7. Raccoon

x ray racoon bunting

Raccoon betina selalunya akan melahirkan 1 hingga 6 bayi pada suatu-suatu masa. Bayi raccoon berada dalam keadaan buta dan pekak selama 3 minggu selepas ia dilahirkan. Ibu raccoon akan menjaga bayinya sehingga selepas musim sejuk yang pertama.

8. Monyet

monyet bunting

Monyet adalah keluarga bahagia, di mana ibu dan ayah akan bergelak dan bermain bersama anak-anak. Tempoh kehamilan monyet bergantung kepada jenis-jenisnya. Bagi jenis Rhesushesus adalah selama 164 hari, manakala Patas adalah selama 167 hari. 

9. Rusa

x ray rusa bunting

Secara purata, anak rusa mempunyai kira-kira 300 bintik, yang membolehkan mereka untuk menyamar bagi mengelakkan diri daripada serangan pemangsa. Rusa betina akan menjilak anak-anaknya bagi meninggalkan bau badan supaya ia dapat mengesan mereka. 

10. Anjing

x ray anjing bunting

Sekiranya suhu badan seekor anjing betina menurun, ianya adalah petanda bahawa ia sudah bersedia untuk menjalani proses kelahiran. Seperti manusia, anjing juga akan mengalami morning sickness

11. Kucing

x ray kucing bunting

Anak kucing sentiasa dilahirkan dengan mata biru. Warna akhir mata mereka hanya ditentukan beberapa bulan selepas dilahirkan. Secara purata, tempoh kehamilan kucing adalah sekitar 64 hari. Kucing yang hamil mempunyai puting bengkak yang berwarna merah jambu.  

12. Ikan Jerung

x ray ikan jerung

Ini sudah pasti bukan x-ray namun imej melalui ultrasound dengan tambahan outline supaya bayi ikan jerung lebih jelas kelihatan.

13. Burung Hawk

x ray burung hawk

Ketika proses reproduksi berlaku, kedua-dua hawk jantan dan betina akan memegang antara satu sama lain di udara dan membiarkan diri jatuh secara freefall ke tanah. Sesetengah hawk adalah monogami (satu pasangan), yakni mereka akan melakukan hubungan intim dengan pasangan yang sama seumur hidup mereka. 

14. Burung Kiwi

x ray burung kiwi

Tempoh burung kiwi bunting adalah selama 3 minggu, sebelum mereka bertelur. Burung kiwi jenis Great Spotted hanya menghasilkan sebiji telur dalam satu-satu musim pembiakan. Telur kiwi adalah antara telur yang paling besar jika dilihat dari segi ratio telur kepada badan, berbanding burung-burung lain. 

15. Pogona (Naga Berjanggut)

x ray pogona naga berjanggut bunting

Bolehkah anda melihat bayi-bayinya? Pogona mempunyai jangka hayat hidup antara 8 hingga 9 tahun, sekiranya tidak dimakan pemangsa. Sekiranya dijaga sebagai haiwan peliharaan, mereka mampu hidup antara 10 hingga 12 tahun. Dengan jagaan yang rapi, mereka boleh hidup sehingga usia 14 tahun.

16. Gajah

x ray gajah bunting ultrasound

Seperti ikan jerung, imej ini bukannya discan melalui x-ray, sebaliknya melalui ultrasound. Gajah mempunyai tempoh kehamilan paling lama antara semua hidupan mamalia, iaitu selama lebih kurang setahun setengah. Ada di antara spesis gajah Afrika dan Asia yang hamil selama hampir 2 tahun, iaitu selama 22 bulan secara tepat. 

17. Penyu

x ray penyu bunting

Untuk bertelur, ibu penyu akan pulang ke pantai yang sama tempat mereka dilahirkan. Telur-telur ini sebenarnya bukanlah produk daripada satu bapa sahaja, namun produk bersama beberapa ekor penyu jantan bagi memastikan kepelbagaian genetik. Proses pengeraman telur boleh mengambil masa antara 45 hingga 75 hari. 

Indahnya ciptaan Tuhan bukan?

ESKTRA - Mesin X-Ray Untuk Haiwan

mesin x ray untuk haiwan

Rujukan:

  1. buzzfeed.com
  2. insh.world
  3. scribol.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)