#1 Kenali penjual daging anda
Sekiranya anda berbuat baik dengan penjual daging atau pemotong daging di pasar raya, anda boleh mendapatkan tips dan belajar tentang potongan daging dan promosi yang ditawarkan. Selain itu, ada juga penjual daging baik hati yang boleh memberikan anda daging cincang segar ataupun potongan stik terbaik.
#2 Elakkan membeli daging yang sudah tidak sejuk
BESARKAN TEKS A- A+
Sekiranya anda membeli daging yang siap dipek, elakkan mengambil pek yang tidak sejuk apabila disentuh. Kesemua daging mentah seharusnya disimpan pada suhu sejuk untuk mengelakkan pengumpulan bakteria. Jika daging dijual di tempat terbuka atau pada suhu panas, elakkan membeli ya!
#3 Jadikan kaunter daging sebagai perhentian terakhir
Apabila ke pasar raya, lawati kaunter bahan basah akhir sekali sebelum membuat bayaran. Elakkan membeli daging paling awal kerana ketika anda berjalan ke bahagian-bahagian lain di pasar raya, bakteria boleh merebak dengan cepat.
#4 Elakkan pek yang berair
Jangan pilih pek daging yang mengandungi rembesan jus daging kerana ini boleh memberi petunjuk bahawa cara penyimpanan daging itu salah dan telah dibiarkan secara berpanjangan.
Selain itu, perhatikan juga tekstur, warna dan bau daging. Sekiranya daging sudah tidak anjal, warna daging pucat dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, jangan beli.
#5 Letak daging dalam plastik
Walaupun daging telah dipek, seelok-eloknya anda bungkus daging itu menggunakan plastik lain. Ini untuk mengelakkan daripada rembesan darah/jus daging meresap ke dalam makanan lain dalam bakul atau troli seterusnya mengakibatkan pencemaran bakteria.
#6 Semak tarikh pada pek
Kebanyakan pasar raya mengamalkan konsep first in, first outdi rak penyimpanan. Ini bermakna daging yang di hadapan atau di atas sekali mungkin mempunyai tarikh luput yang paling hampir. Ambil daging yang berada di belakang rak dan semak tarikh luputnya.
Sekarang bolehlah masak black pepper steak ataupun buat lauk daging masak merah menggunakan daging segar tu. Mm, sedapnya!