Teknologi masa kini kebanyakannya dibangunkan menggunakan bahasa-bahasa programming serta lain-lain platform. Contohnya, dalam bidang teknologi aplikasi dan perisian, bahasa programming seperti Java dan C++ adalah tidak asing lagi dalam kalangan programmer, sama ada di Malaysia, mahupun di seluruh dunia.
Graduan jurusan sains komputer kini mempunyai masa depan yang cerah kerana peluang pekerjaan yang tidak terhad, sama ada bekerja sendiri, mahupun bekerja dengan syarikat-syarikat teknologi.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, bagi mereka yang berminat untuk bekerja di syarikat teknologi namun tidak mempunyai latar belakang jurusan sains komputer, apakah bahasa programming yang harus dipelajari dan difokuskan agar mereka juga berpeluang bekerja dalam bidang ini?
Skil Penyelesaian Masalah Juga Penting Selain Bahasa Programming Semata-Mata
Syarikat seperti Google, Facebook, Microsoft mahupun mana-mana syarikat teknologi besar yang lain sebenarnya tidak melihat secara terperinci bahasa programming yang dikuasai oleh calon yang ingin bekerja di syarikat mereka. Apa yang mereka mahukan adalah calon yang mempunyai skil penyelesaian masalah yang baik, pendekatan Matematik yang baik bagi mencari penyelesaian mudah dan senang, serta mempunyai lain-lain pengetahuan asas.
Data Structures dan Algorithms adalah pengetahuan yang seharusnya seseorang calon fokuskan jika ingin mempunyai peluang untuk bekerja di syarikat-syarikat teknologi. Bagaimana anda melaksanakan sesebuah data structure bagi penyelesaian masalah menggunakan sumber yang terhad harus menjadi sebahagian pertimbangan anda.
C++ Dan Java Adalah Bahasa Programming Yang Lazim Digunakan
Terutamanya di Google, mereka banyak menggunakan sketch board (papan putih) untuk berbincang dan menyelesaikan masalah. Ini bermaksud anda perlu memahami dan menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa programming bagi meluahkan cara anda menyelesaikan masalah pada papan putih. Namun, ia akan memberi impression yang baik sekiranya anda menggunakan bahasa yang digunakan oleh Google di dalam domainnya.
Google menggunakan beberapa set teknologi yang berlainan, jadi tiada bahasa programming yang spesifik untuk difokuskan. Walaubagaimanapun, C++ adalah bahasa yang disyorkan untuk digunakan kerana bahasa ini mengandungi modul terbaik yang diperlukan untuk penyelesaian masalah yang kompleks. Selain itu, ekspresi kod melalui C++ juga adalah lebih baik kerana ia mampu meliputi semua aspek penyelesaian masalah secara terperinci. Selain C++, Java adalah suatu pilihan yang patut anda pertimbangkan.
Bahasa-Bahasa Programming Lain Yang Digunakan
Mempunyai pengetahuan tentang bahasa-bahasa programming lain seperti JavaScript, HTML5 & CSS, SQL, Ruby dan Phython juga turut membantu. Bahasa-bahasa ini adalah teknologi yang boleh membantu anda menyumbangkan kepada kebanyakan open source framework dan projek. Secara asasnya, pengetahuan tentang bahasa teknologi ini adalah perlu, namun yang lebih penting adalah bagaimana anda menggunakan bahasa tersebut bagi projek anda.
Kesimpulan
Kesimpulannya, lagi banyak pengetahuan anda tentang bahasa programming, lagi tinggi peluang anda untuk dipilih bekerja di syarikat-syarikat besar yang berasaskan teknologi. Namun, tidak kisahlah bahasa programming apapun yang anda kuasai, yang paling penting adalah pengetahuan anda serta pemahaman konsep Data Structures dan Algorithms yang membolehkan anda diambil bekerja.