Oleh pada 17 Sep 2017 kategori

Jika anda membuat carian Google "rahsia Yahudi bijak" ataupun "mengapa Yahudi pandai" anda akan berjumpa deretan artikel atau video yang hampir kesemuanya bersumberkan satu artikel yang ditulis oleh seorang doktor bernama Dr. Stephen Carr Leon.

orang yahudi pandai cerdik pintar debunk mitos

Tahukah anda, Dr. Stephen Carr Leon sebenarnya tidak wujud? Setelah kami buat kajian dan galian secara mendalam, kami dapati sumber dan artikel tentang amalan orang Yahudi yang ditulis oleh "doktor" tersebut merupakan sebuah artikel rekaan semata-semata.

Apa yang diceritakan dalam artikel tersebut? Dan apa pula mitos dan fakta sebenarnya? Mari kita kupas satu-persatu.

#1 Bermain piano dan selesaikan masalah Matematik

ibu yahudi bermain piano selesaikan masalah matematik debunk

Bermain piano atau menyelesaikan masalah Matematik ketika mengandung bukanlah adat dan tradisi orang Yahudi. Menurut Chabad.org, ibu-ibu Yahudi hanya perlu memastikan mereka memenuhi 9 perkara sahaja sepanjang tempoh mengandung. Sudah pasti alunan muzik piano dan jawapan soalan Matematik yang betul tidak termasuk dalam senarai.

#2 Diet ibu mengandung

pemakanan ibu yahudi lahirkan anak pintar debunk mitos

Artikel itu menyatakan ibu Yahudi yang mengandung suka memakan kacang badam, kurma dan susu, roti, ikan tanpa kepala, salad dan minyak ikan kod.

Untuk pengetahuan anda, orang Yahudi hanya dibenarkan makan makanan Kosher. Jadi, tidak timbul isu di sini sama ada mereka hanya memakan sesuatu jenis makanan. Mereka juga makan daging dan ayam seperti ibu-ibu mengandung yang lain.

Berkenaan amalan melebihkan diet ikan semasa mengandung, pihak FDA sendiri menyarankan agar semua ibu-ibu mengandung memastikan pengambilan pelbagai jenis ikan yang kaya dengan nutrisi dan omega untuk perkembangan bayi dalam kandungan. 

Menyentuh tentang tabiat memakan kacang almond pula, menurut saranan Persatuan Pediatrik Amerika dan juga satu kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Allergy and Clinical Immunology, memakan terlalu banyak kekacang semasa mengandung boleh meningkatkan risiko anak mendapat alahan terhadap kekacang. Jadi, tolonglah jangan terus percaya bulat-bulat artikel itu ya.

#3 Larangan merokok

merokok di israel

Artikel itu ada menyatakan yang tabiat merokok merupakan suatu perkara larangan di Israel sehinggakan anda tidak boleh merokok di dalam rumah.

Tetapi tahukah anda, purata orang yang merokok di Israel adalah lebih tinggi daripada purata semua negara di bawah Kesatuan Eropah? Selain itu, menurut tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Israel, 37% responden yang tidak merokok menyatakan mereka selalu terdedah kepada asap rokok, terutama sekali apabila mereka berada di rumah.

Selain itu, lebih 7,000 kematian di Israel pada tahun 2014 berpunca daripada merokok. Jadi, siapa kata orang Yahudi tidak kuat merokok?

#4 Pembelajaran di sekolah

sekolah rendah israel belajar matematik sains

Artikel tersebut menegaskan bahawa semua sekolah rendah di Israel mengutamakan pembelajaran subjek Matematik dan Sains yang akan memberi kesan kepada IQ mereka.

pendidikan sekolah rendah di israel 541

Namun, fakta yang sebenar adalah sebaliknya. Menurut Kementerian Pendidikan Israel, tumpuan dan masa lebih banyak diberikan kepada mata pelajaran pembacaan, penulisan dan kesusasteraan. Pelajar-pelajar sekolah rendah hanya menghabiskan masa selama 6 jam seminggu untuk subjek Matematik dan 3 jam sahaja seminggu untuk subjek Sains.

pelajar sekolah yahudi pintar cerdik pandai genetik

Sebenarnya, artikel yang telah ditularkan selama lebih sedekad itu tidaklah 100% salah. Namun, kebanyakan maklumat yang dikongsi oleh "doktor" tersebut merupakan fakta-fakta yang sudahpun diketahui umum dan bukan khusus untuk orang Yahudi sahaja. Merokok? Sudah pasti tidak baik untuk kesihatan. Memakan ikan yang kaya dengan kandungan omega 3 dan 6 semasa mengandung juga kita sudah sedia maklum amat baik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Tapi pada masa yang sama, terdapat juga maklumat yang meragukan seperti harga rokok di Singapura yang dikatakan mencecah USD7 pada tahun 2005. Walhal harga sekotak rokok ketika itu adalah sekitar SGD6 sahaja iaitu kira-kira USD3. Selain itu, "doktor" tersebut juga menyatakan bahawa semua orang mampu melahirkan generasi pintar seperti orang Yahudi hanya dengan menjaga pemakanan dan cara didikan.

pelajar sekolah yahudi pintar cerdik pandai genetik 2

Satu fakta yang anda perlu tahu: kebijaksanaan merupakan satu bidang yang rumit untuk dikaji. Kecerdasan akal bukan sahaja tertakluk kepada cara pemakanan dan didikan ibu bapa, ia juga melibatkan genetik seseorang, sumber pembelajaran, persekitaran dan banyak lagi faktor lain.

Tapi adakah anda benar-benar percaya yang semua orang Yahudi itu bijak-bijak belaka? Takkanlah tak ada yang bebal?


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)