Oleh pada 11 May 2017 kategori

Kredit foto: rentakartis.com

Portal Berita Harian baru-baru ini ada melaporkan tentang pernikahan dan detik perkenalan pasangan pelakon Dazrin Kamarudin dan isterinya, Nurfazulin Razalin yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. 

Namun, gosip antara tiga orang pelakon iaitu Dazrin, Ramona Zamzam dan Amyra Rosli yang pernah dicetuskan sebelum ini kembali dibangkitkan para netizen menerusi ruangan komen yang mendakwa Ramona sebagai punca perpisahan Dazrin dan Amyra yang dikatakan bakal berkahwin pada masa itu.

ramona zamzam nafi punca perpisahan dazrin dan amyra rosli 1

Komen itu kemudiannya dibalas Ramona sendiri dengan memberitahu segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya merupakan suatu fitnah semata-mata.

ramona zamzam nafi punca perpisahan dazrin dan amyra rosli 2

Sekiranya perkara itu benar sekalipun, rasanya tidak elok untuk diungkit apatah lagi ketiga-tiga pelakon itu sudah pun mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing.

Sumber: beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)