Kredit foto: says.com

Pelakon Dazrin Kamarudin dalam sebuah kenyataan terkininya mendedahkan bakal mengakhiri zaman bujang pada bulan hadapan bersama seorang Ketua Pramugari. 

Alhamdulillah jodoh saya sudah sampai dan Insya-Allah saya dan bakal isteri akan melangsungkan pernikahan pada 6 Mei. Kami akan bernikah terlebih dahulu sebelum mengadakan majlis persandingan pada Julai depan di Melaka.

Sumber: Mstar

Pernikahan tersebut akan berlangsung di Hotel Avillion Legacy, Melaka. 

dazrin kamarudin dedah bakal isteri 2

Kredit foto: Mstar

Mengulas lanjut mengenai bakal isteri, Nur Fazulin atau Zulin, Dazrin mendedahkan hubungan mereka telah terjalin selama dua tahun. 

Zulin yang juga merupakan Ketua Pramugari bagi sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi sering berhubungan dengan beliau menerusi aplikasi Smule kerana minat mereka yang sama dalam bidang nyanyian. 

Dalam kenyataannya, Dazrin turut mendedahkan sifat dan kualiti wanita tersebut yang memenuhi kriteria wanita idamannya. 

Sebenarnya aplikasi Smule yang telah mempertemukan kami kerana minat kami terhadap nyanyian. Sejak itu hubungan bertambah akrab walaupun dia jarang berada di Kuala Lumpur kerana bekerja sebagai pramugari berpangkalan di Jeddah untuk menguruskan jemaah Haji dan Umrah. Zulin juga sangat bijak dalam mengatur jadual memandangkan kami masing-masing sibuk dengan tugas seharian. Pengalamannya sebagai pramugari membuatkan dia teliti berhubung jadual selain sikapnya yang sederhana menambat hati saya.

Sumber: Mstar

Menyentuh sisi peribadinya yang jarang berkongsi kisah hubungan dengan kekasih, Dazrin berkata ia berpunca daripada sifatnya yang enggan mewar-warkan hubungan yang belum pasti. 

Saya bukan cuba merahsiakan mengenai hubungan dengannya tetapi rasanya tidak ada apa yang perlu digembar-gemburkan memandangkan masih belum ada ikatan sah dengannya. Sekarang sudah ada perancangan dan tarikh nikah bolehlah saya bercakap mengenainya secara terbuka.

Sumber: Mstar

Dalam kenyataan lain, pelakon tersebut kini sedang sibuk menguruskan persediaan untuk majlis perkahwinannya. Malah pasangan beliau, Zulin juga sudah mengambil cuti untuk memberi sepenuh komitmen terhadap majlis tersebut. 

dazrin kamarudin dedah bakal isteri 3

dazrin kamarudin dedah bakal isteri 4

Kredit foto: Myartis 




Hakcipta iluminasi.com (2017)