Oleh pada 22 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

Masih lagi dengan kehangatan kisah kontroversi foto lucah yang dikongsikan di Insta Story pelakon sasa Zul Ariffin.

Dalam perkembangan terkini, seorang netizen menerusi laman Twitter, secara bersahaja menuduh aktres Zahirah Macwilson sebagai dalang yang menganiaya bekas kekasihnya itu.

zahirah macwilson punca akaun instagram zul ariffin digodam ini kenyataannya 2

Kredit foto: Beautifulnara

Tanpa diduga, Zahirah tampil menjawab tuduhan yang dilemparkan.

Zahirah mengatakan dia mempunyai banyak agenda lain yang lebih baik untuk dilakukan.

Dalam masa sama, Zahirah menafikan dia berswafoto berdekatan dengan jenazah ibu Zul sebagaimana yang didakwa aktor itu sebelum ini.

zahirah macwilson punca akaun instagram zul ariffin digodam ini kenyataannya 3

Kredit foto: Beautifulnara

Terdahulu, Zul mengejutkan peminat dunia hiburan apabila bertindak memuat naik foto alat sulit lelaki di Instagram Story sebelum cepat-cepat dipadam dua minit kemudian.

Ada yang mendakwa kononnya dia secara tidak sengaja memuat naik foto lucah yang disimpan di dalam telefon bimbitnya.

Bagamanapun, kelab peminat beliau, Zul Ariffin FC mengeluarkan kenyataan memaklumkan akaun Instagram aktor itu telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

ia sekaligus meleraikan tuduhan bukan-bukan yang dilemparkan netizen sebelum ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)