amyra rosli disahkan hamil

Pasangan pelakon popular, Amar Baharin dan Amyra Rosli menerima khabar gembira apabila isterinya disahkan hamil 7 minggu.

Menurut Amar (32 tahun),  pengsahan itu dibuat oleh doktor selepas Amyra mengalami sakit perut dan muntah-muntah sebelum dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara.

Alhamdulillah ini adalah satu berita gembira yang saya ingin kongsikan kepada anda semua. Sebenarnya pada 9 Mac lalu kami sudah pun mendapat tahu tanda-tamda awal kehamilan. Tapi kami tak mahu terlalu berharap.Sehinggalah  apabila Amyra dimasukkan ke hospital baru doktor telah mengesahkan perkara itu. Jadi baru saya boleh berkongsikan berita gembira tentang kehamilan ini. Namun saya juga tak nak terlalu teruja kerana kandungan masih lagi di peringkat awal,” katanya kepada Harian Metro.

Tahniah diucapkan buat mereka berdua dan diharapkan Amyra dapat menjaga kandungannya dengan baik.

Sumber berita: ramenpedas.comHarian Metro & Instagram @amarbaharin


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)