Kredit foto: rojakdaily.com

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran aktres Amyra Rosli yang ke-26, suaminya aktor Amar Baharin telah memuat naik sebuah video romantis sebagai penghargaan.

Amar turut menghebahkan tentang penghasilan video itu menerusi laman Instagramnya.

amar baharin cipta video romantis buat amyra rosli sempena hari lahir 2

Kredit foto: Instagram Amar Baharin

Selamat hari lahir, isteriku.

Amyra tidak dapat menahan rasa gembira dengan video yang didedikasikan khas buatnya itu, lalu membalas menerusi ruangan komen, "Saya cinta awak, sayang".

Video pendek selamat seminit yang dimuat naik di akaun YouTube Amyramar dengan tajuk Amyra Rosli (Dia) itu memaparkan emosi kegembiraan pasangan ini apabila berpeluang untuk keluar temujanji bersama.

Netizen menerusi ruangan komen memuji sifat romantis Amar kepada isterinya, di samping tidak ketinggalan untuk merakamkan ucapan selamat hari lahir kepada aktres pujaan ramai tersebut.

Kami juga ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Amyra dan berharap semoga perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)