Oleh pada 19 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Wawa Zainal

Aktor Aeril Zafrel menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto yang memperlihatkan isterinya, Wawa Zainal berada di katil hospital sambil merangkul bayi.

Malah foto yang sama turut dikongsi Wawa di akaun Instagramnya.

Kaspyen yang disertakan Wawa benar-benar meragukan peminat hingga mencetuskan persoalan.

tiada berita kehamilan tiba tiba wawa zainal bersalin 2

Kredit foto: Instagram Wawa Zainal

Assalamualaikum #sejadahuntukdia

Pun begitu, Aeril menerusi kapsyennya pula menjelaskan situasi sebenar, yang mana aksi itu hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

Dalam pada itu, kapsyen Aeril juga menggambarkan aktor itu seolah bersetuju untuk menerima kelahiran baru dalam keluarga mereka.

tiada berita kehamilan tiba tiba wawa zainal bersalin 3

Kredit foto: Instagram Aeril Zafrel

Alhamdulillah @w4w4_zainal. Terima kasih. Hadiah nanti.. Ini hanyalah lakonan semata-mata tapi macam ada harapan.

Sementara itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi.

Kebanyakannya terkejut kerana tiada berita kehamilan Wawa dilaporkan media mahupun diumumkan oleh mereka sebelum ini.

“Aik bila masa @w4w4_zainal mengandung hahaha” - @syanorazman

“Ingatkan Wawa bersalin, tapi tak nampak mengandung pun, tu yang pelik sekejap” -@msmemama

“Saja kan @aeril_zafrel? Baru nak wish kat @w4w4_zainal hahah. Semoga kamu berdua sentiasa diberkati selalu” -@azreenmarwana




Hakcipta iluminasi.com (2017)