Oleh pada 13 Jun 2019 kategori

nasib baik insaf cepat kalau tak wawa zainal dedah pernah jadi boyish 1

Kredit foto: Instagram @w4w4_zainal

       

Tindakan pelakon Wawa Zainal memuat naik fotonya sewaktu kecil mengejutkan ramai pengikutnya.

Melalui catatan di Instagram itu, Wawa memberitahu, dirinya ketika zaman kanak-kanak pernah bergaya seperti budak lelaki.

"Dulu masa kecil sampailah sembilan tahun macam tu I boyish. Tak nak pakai baju perempuan.

"Nasib baik insaf cepat kalau tak... tak kahwin dengan Aeril Zafrel," katanya berjenaka.

      

nasib baik insaf cepat kalau tak wawa zainal dedah pernah jadi boyish 2

Kredit foto: Instagram @w4w4_zainal

      

Rata-rata netizen akui terkejut kerana tidak menyangka kanak-kanak itu kini membesar menjadi seorang wanita jelita.

Malah, rupa Wawa di dalam foto berkenaan dikatakan saling tak tumpah seperti anak perempuannya, Hayla dan ada juga yang menyamakannya dengan anak lelakinya, Attar.

        

nasib baik insaf cepat kalau tak rupanya wawa zainal pernah jadi boyish 3

Kredit foto: Instagram @w4w4_zainal

      

Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel pada tahun 2013 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhtaruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Pelakon Sejadah Untuk Dia ini kini hamil anak ketiga mereka.

      

Info Wawa Zainal

  • Nama penuhnya, Nur Hawa binti Zainal Abidin.
  • Dikenali sebagai Wawa Zainal. 
  • Kelahiran Lahad Datu, Sabah pada 12 Mac 1991.
  • Anak kelapan daripada sebelas adik-beradik.
  • Bergelar pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.
  • Antara drama dibintanginya seperti Ana lu'lu, Bunga-Bunga Syurga, Cinta Buat Emelda, Duda Terlajak Laris dan Patahnya Sebelah Sayap.
  • Pembabitannya di layar perak menerusi filem 3 Temujanji, Budak Pailang, 99 Kali Rindu, Longkai dan banyak lagi.

      

Sumber: Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)