Oleh pada 28 Jan 2018 kategori

Aktres Fiza Abdul Halim dikecam kerana dikatakan mengenakan solekan sewaktu menunaikan solat.

Ia susulan sekeping swafoto yang dimuatnaiknya di laman Instagram memperlihatkan beliau sedang duduk di atas sejadah.

Ekoran itu, seorang peminat tampil bertanya tentang wajah Fiza yang kelihatan seperti bersolek.

“Solat pun pakai makeup ke?” tulis seorang netizen.

Lantas, Fiza tampil membalas persoalan berbaur kecaman itu.

Kata Fiza, dia masih mampu berfikir secara logik.

“Maaf ya, saya masih waras lagi dan tahu berfikir," balasnya di ruangan komen.

Fiza menjelaskan dia tidak mengenakan sebarang solekan meskipun itu yang terlihat oleh segelintir peminat. 

“Ini bermakna kulit saya cantik, sampaikan tak makeup pun orang cakap makeup,” balasnya bersahaja.

fiza halim pakai makeup ketika solat 2

Kredit foto: Instagram Fiza Halim

Sumber berita: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)