Oleh pada 18 Jan 2022 kategori

Kredit: Instagram @zarinazainuddin_ 

 

Pelakon jelita, Zarina Zainuddin berkongsi sejarah dimana beliau mula berkenalan dengan suaminya, Abdul Raihan Wan Jaafar.

 

"Di waktu itu, saya begitu takut untuk berkawan dengan lelaki. Saya rasa semua lelaki jahat dan suka ambil kesempatan lebih-lebih pada wanita seperti saya. Tiada yang jujur.

 

"Di usia 22 tahun, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula-mula bercinta dengan isterinya sejak zaman sekolah menengah lagi," tulisnya.

  

 

Lebih mengejutkan, Zarina juga mendedahkan bahawa nyawa suaminya itu juga hampir melayang sebelum berjaya mengahwini isteri pertamanya itu.

 

"Dia beritahu bukan senang untuk rebut hatinya sehingga mahu ditembak oleh arwah bapa isterinya itu dengan senapang patah. Akhirnya, mereka dapat juga berkahwin.

 

"Cinta dengan isterinya itu memang 'cinta mati'. Saya suka dengar dia bercerita betapa dia sayangkan isterinya.

 

"Apabila dia ajak saya berkahwin, saya beritahu supaya bawa berjumpa isterinya dahulu. Dia berani berbuat demikian untuk meminta izin. Dia seorang yang 'gentleman'," ceritanya.

  

 

Kini berusia 51 tahun, Zarina mengucapkan syukur kepada semua pihak yang berjasa terhadap perkahwinannya yang telah bertahan selama 28 tahun.

 

"Ia bukan tempoh masa yang sedikit. Terima kasih abah, Kak Shimah dan anak-anak tiri saya kerana menerima diri ini seadanya. Terima kasih mak kerana kenalkan Ina dengan insan yang bernama suami.

 

"Ramai orang menyangkakan dia suami kedua saya. Itulah suami saya sejak saya berumur 22 tahun lagi," jelasnya.

 

Komen Pilihan

  

suami zarina zainuddin v1

 

"Nasib baik awak kahwin semasa zaman dahulu. Jika sekarang, pasti dikecam kerana kahwin dengan suami orang.

 

"Netizen memang rasa diri seperti Tuhan, tahu menghukum sahaja," tulis seorang netizen.

 

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin 




Hakcipta iluminasi.com (2017)