Kredit foto: wartawan-jalanan.blogspot.my 

Umum sedia maklum akan kegagalan perkahwinan Fiza Halim (bekas ahli kumpulan Elite) dan Adam (Akademi Fantasia 2) sebelum ini.

Sejak penceraian tersebut, netizen mula berteka-teki tentang siapakah pemilik hati Fiza yang terkini.

Dan yang terbaru, Fiza nampaknya telahpun menemui pengganti apabila dia dikhabarkan telahpun selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang yang juga merupakan duda kepada tiga orang anak.

Jejaka tersebut yang dikenali sebagai Jefri mengesahkan berita berkenaan melalui beberapa keping foto yang dimuat naiknya ke laman Instagram. 

foto juruterbang muda kini bergelar suami fiza elite 2

Kredit foto: Instagram Jefri 

Foto yang memaparkan aksi mesra Fiza dan dirinya yang sedang bersalaman di hari raya itu disertakan dengan kapsyen berbunyi “Selesai raya pertama dengan isteri saya.”

Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi daripada pihak Fiza setakat ini.

Apapun mari kita sama-sama doakan semoga ikatan perkahwinan terbaru Fiza ini akan berkekalan ke akhir hayat.

foto juruterbang muda kini bergelar suami fiza elite 3

foto juruterbang muda kini bergelar suami fiza elite 4

foto juruterbang muda kini bergelar suami fiza elite 5

foto juruterbang muda kini bergelar suami fiza elite 6

foto juruterbang muda kini bergelar suami fiza elite 7

foto juruterbang muda kini bergelar suami fiza elite 8

Kredit foto: Instagram Jefri




Hakcipta iluminasi.com (2017)