Oleh pada 03 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Filem Hantu Kak Limah (HKL) terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold memecah rekod baharu dalam industri perfileman tanah air apabila memungut kutipan RM35 juta sehingga semalam (2 September).

Ia sekaligus meletakkan HKL sebagai filem dengan pungutan tertinggi bagi filem tempatan setakat ini.

Berita itu dikongsi di laman Instagram Astro Shaw pada malam tadi.

gempak habis sehingga 2 september ini kutipan terkini filem hantu kak limah 2

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

"Alhamdulillah, filem Hantu Kak Limah raih RM35 juta. Sejarah perfileman tanah air untuk kutipan pecah panggung RM35 juta menerusi filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid.

"Filem hiburan sekeluarga ini masih ditayangkan di pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura," tulisan dalam hebahan entri itu.

HKL arahan Mamat Khalid ditunjangi nama-nama popular seperti Datuk Awie, Delimawati, Ropie, Zul Ariffin, Allahyarham Rab Khalid, Uqasha Senrose, Mus May, TJ Isa, Jue Aziz, Sharwani serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Ia merupakan kesinambungan kepada tiga naskhah terdahulu iaitu Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013).

Difahamkan, filem bergenrekan komedi seram ini sedang dalam proses perbincangan untuk disambung. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)