Oleh pada 20 Dec 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Siapakah di sebalik topeng? Program realiti nyanyian terkenal, The Masked Singer Malaysia (TMSMY) kini kembali untuk musim ketiga!

Lebih gah, 'TMSMY' sekali lagi akan mengetengahkan rekaan busana hebat iaitu 14 kostum menarik dan unik yang akan dikenakan oleh para peserta.

Kostum-kostum berkenaan ialah Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lolipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.

14 orang selebriti popular negara dalam kalangan nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi, akan berentap mempamerkan kebolehan vokal masing-masing di hadapan barisan juri selebriti.

Ia berdasarkan format program realiti ‘The King of Mask Singer’ di mana para peserta ‘The Masked Singer Malaysia’ ini akan berselindung di sebalik kostum menutup badan bagi merahsiakan identiti mereka.

Hanya suara akan dipertaruhkan menyebabkan panel juri berdebat untuk meneka siapa dalang di sebalik topeng itu.

Reka bentuk fesyen busana yang hebat diiringi vokal nyanyian yang mantap, 'TMSMY' pasti sekali lagi menyemarakkan suasana dengan showmanship yang tiada tandingannya.

The Masked Singer Malaysia Musim 3 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi Astro Warna HD (saluran 107) pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, pukul 9 malam, serta turut boleh distrim dalam talian (online) menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand di Astro Box untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Pada musim sebelum ini, TMSMY telah menobatkan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul (musim 1) berkostum Bunga Raya dan Shila Amzah (musim 2) berkostum Rambutan sebagai juara.

Berikut dikongsikan identiti 14 peserta The Masked Singer Malaysia musim ketiga.

   

Identiti Peserta The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 (Musim 3)

(Identiti setiap peserta akan dikemaskini sebaik sahaja didedahkan di penghujung episod setiap minggu)

Butiran mengenai konsep, format penjurian dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 Musim 3

       

Baca: Keputusan Markah, Senarai Lagu Tugasan Mingguan Peserta The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 Musim 4

Baca: Terjawab! Senarai Identiti Peserta The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 Musim 4

Baca: Info Penuh, Peserta, Juri, Format Penjurian The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 (Musim 4)

Baca: Keputusan, Kedudukan Dan Senarai Lagu Mingguan Peserta The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 Musim 3

Baca: Identiti Peserta, Senarai Keputusan Mingguan Dan Pemenang The Masked Singer Malaysia 2022 Musim 2

Baca: Identiti Peserta Dan Senarai Keputusan Pemenang The Masked Singer Malaysia 2020 Musim 1

Baca: Info Penuh Program Mystery Ranking Show Malaysia (Astro Warna) 2022

Baca: Famili Duo TV3 Musim 2 (2022 / 2023) : Keputusan Mingguan, Senarai Peserta, Lagu Tugasan Dan Info Penuh

   

Brokoli

the masked singer 129

Finalis Akhir / Tempat Kelima

Identiti - Hael Husaini (Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik)

   

Kurita

the masked singer malaysia 983

Tersingkir Episod / Minggu 4

Identiti - Liza Abdullah (Pelakon, Penyanyi)

    

Mawar Berduri

the masked singer malaysia 3

Tersingkir Episod / Minggu 10 (Separuh Akhir)

Identiti - Idayu AF (Penyanyi)

   

Mr Parrot

masked singer malaysia season 3

Tersingkir Episod / Minggu 8

Identiti - Ajai (Komposer, Penerbit Album, Penyanyi)

    

Lolipop

masked singer 2022

Tersingkir Episod / Minggu 2

Identiti - Datuk Leong Mun Yee (Penerjun Olimpik Malaysia)

Betta Fish

masked singer 2022 malaysia

Finalis Akhir / Juara

Identiti - Ayda Jebat (Penyanyi, Pelakon, Jurucakap Produk)

Abang Burger

masked singer malaysia musim 3

Tersingkir Episod / Minggu 3

Identiti - Dato' Malek Noor (Bekas Jaguh Bina Badan Negara)

Dewi Angsa

the masked singer malaysia 2022 340

Finalis Akhir / Tempat Keempat

Identiti - Mimi Fly (Penyanyi, Rapper, Penulis Lirik, Pereka Tari, Pelakon)

     

Bertih Jagung

the masked singer malaysia 2 92

Tersingkir Episod / Minggu 9

Identiti - Zizi Kirana (Penyanyi, Pelakon)

   

Cik Mawas

the masked singer 2022

Tersingkir Episod / Minggu 1 (Gimik)

Identiti - Misha Omar (Penyanyi) sebagai juri kesembilan

   

Manggis

the masked singer malaysia 2023

Tersingkir Episod / Minggu 5

Identiti - Dato Jalaluddin Hassan (Pelakon, Pengacara)

    

Nyoq Muda

masked singer live

Finalis Akhir / Naib Juara

Identiti - Syamel (Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik)

   

Pizza Panas

the masked singer malaysia season 3

Finalis Akhir / Tempat Ketiga

Identiti - Han Byul (Penyanyi, Pelakon)

     

Si Tangkis

masked singer malaysia 2022 348

Tersingkir Episod / Minggu 7

Identiti - Amsyar Leee (Penyanyi, Personaliti Media Sosial)

   

Zirafah

masked singer malaysia 2023

Tersingkir Episod / Minggu 6

Identiti - Norman Hakim (Pelakon, Pengacara)

   

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

   

Kredit video: Minggu 1 | Highlights & Komen Juri Persembahan The Masked Singer Malaysia Musim 3 Live Setiap Jumaat Mulai 23 Disember 2022

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)