Oleh pada 25 Dec 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

14 selebriti menggegarkan pentas The Masked Singer Malaysia (TMSMY) musim ke 3, sebuah program pertandingan nyanyian bercorak misteri anjuran Astro Warna.

TMSMY yang menggunakan format program realiti 'The King of Mask Singer', seperti yang diketahui umum sebelum ini meletakkan penyanyi Aina Abdul sebagai juara musim pertama dalam kostum Bunga Raya, diikuti Shila Amzah yang memperagakan kostum Rambutan sebagai pemenang musim kedua.

the masked singer 897

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

The King of Mask Singer

The Masked Singer Malaysia merupakan sebuah rancangan nyanyian yang diadaptasi daripada program realiti Korea Selatan iaitu 'The King of Mask Singer' yang telah ke udara sejak tahun 2015. Malaysia merupakan antara negara yang melahirkan versi tempatan selain Amerika Syarikat, China, Thailand dan Indonesia.

Konsep

Kostum akan diperagakan oleh semua peserta The Masked Singer Malaysia 3 bagi menyembunyikan identiti mereka ketika melakukan persembahan nyanyian mingguan.

Identiti peserta bukan setakat tidak diketahui oleh juri, malah semua yang terlibat dalam rancangan termasuk hos dan ratusan krew produksi.

Para peserta juga tidak mengenali identiti peserta lain, kecuali selepas rancangan itu disiarkan di televisyen dan sehingga peserta tersingkir membuka topeng mendedahkan identiti sebenar mereka.

Untuk memberi petunjuk bagi membantu panel juri dan penonton meneka, sebuah video klu akan ditayangkan sebelum persembahan peserta bermula, tetapi suara bercakap mereka telah diubah bagi mengelirukan penonton dan juri.

Juri akan membuat ramalan tentang identiti peserta selepas mereka tamat persembahan.

Peserta yang mendapat markah terendah selepas diadili oleh semua juri pada setiap minggu akan disingkirkan.

Identiti misteri peserta yang tersingkir ini akan didedahkan buat pertama kali di hadapan pengacara, juri dan juga penonton sebaik sahaja dia menanggalkan topengnya.

Dalam episod akhir, peserta terakhir yang membuka topeng ialah juara 'The Masked Singer Malaysia' musim ketiga!

the masked singer malaysia 274

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Peserta

Kali ini, 14 peserta terdiri daripada selebriti terkemuka tanah air dari pelbagai bidang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi yang turut serta, tampil dengan kostum Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.

Juri

Sembilan figura seni negara daripada pelbagai cabang akan menduduki kerusi juri tetap termasuk lapan wajah baharu. Ini adalah pelantikan pertama Misha Omar, Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias ​​​​dan Atu Zero. Manakala Ella Aminuddin meneruskan mandat sebagai juri tetap selama tiga musim berturut-turut.

masked singer malaysia 3

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Format Penjurian

Setiap peserta akan dinilai sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan seratus peratus oleh juri.

Pereka Kostum

14 kostum menarik dan unik seperti musim sebelum ini direka oleh Akma Suriati Awang yang berpengalaman selama 50 tahun dalam bidang rekaan dan perundingan fesyen, aktif berkhidmat sebagai penatarias dalam industri perfileman, selain mereka kostum untuk pelbagai produksi teater mega seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, ‘Siti Di Alam Fantasi’, ‘Mahsuri’, ‘Puteri Gunung Ledang’, dan ‘Chow Kit Road’.

Busana-busana yang direka khas ini turut mendapat sentuhan istimewa daripada Hatta Dolmat.

Pengarah Muzik

TMSMY 3 juga akan diiringi oleh barisan pemuzik berpengalaman tanah air yang dipimpin oleh pemuzik, penerbit, penggubah dan penulis lirik terkenal, Shah Slam sebagai Pengarah Muzik untuk mengiringi persembahan peserta.

Pengacara

Pengacara serba boleh, Datuk AC Mizal sekali lagi diamanahkan untuk mengendalikan pentas 'The Masked Singer Malaysia' sebagai hos.

Tempoh Siaran

Untuk musim ini, program akan disiarkan dalam tempoh dua hingga tiga jam setiap episod, selama 10 minggu.

the masked singer malaysia 3 847

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Waktu Siaran

Saksikan The Masked Singer Malaysia musim ketiga yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam mulai 23 Disember 2022 di Astro Warna HD (saluran 107) serta boleh distrim dalam talian (online) menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sesi rakaman dilakukan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

         

Baca: Keputusan Markah, Senarai Lagu Tugasan Mingguan Peserta The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 Musim 4

Baca: Terjawab! Senarai Identiti Peserta The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 Musim 4

Baca: Info Penuh, Peserta, Juri, Format Penjurian The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 (Musim 4)

Baca: Keputusan, Kedudukan Dan Senarai Lagu Mingguan Peserta The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 Musim 3

Baca: Terjawab! Senarai Identiti Peserta The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 Musim 3

Baca: Identiti Peserta Dan Senarai Keputusan Mingguan Dan Pemenang The Masked Singer Malaysia 2022 Musim 2

Baca: Identiti Peserta Dan Senarai Keputusan Pemenang The Masked Singer Malaysia 2020 Musim 1

Baca: Info Penuh Program Mystery Ranking Show Malaysia (Astro Warna) 2022

Baca: Famili Duo TV3 Musim 2 (2022 / 2023) : Keputusan Mingguan, Senarai Peserta, Lagu Tugasan Dan Info Penuh

Kredit video: Minggu 1 | Highlights & Komen Juri Persembahan The Masked Singer Malaysia Musim 3 Live Setiap Jumaat Mulai 23 Disember 2022 - Kejutan Misha Omar Dalam Kostum Cik Mawas Sebagai Juri Kesembilan




Hakcipta iluminasi.com (2017)