Oleh pada 26 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim pertama yang lalu berakhir dengan pengumuman keputusan pemenang di peringkat final.

Penghujung rancangan berkenaan menamatkan teka-teki berkaitan siapa selebriti di sebalik topeng kostum-kostum yang digunakan ketika membuat persembahan nyanyian setiap minggu.

Dalam menantikan TMSM siri 2 yang menjengah Jumaat ini, jom throwback kembali identiti 12 peserta TMSM musim 1 bersama dengan kostum-kostum menarik bercirikan negara Malaysia.

Jika edisi lalu memperlihatkan Aina Abdul diangkat sebagai juara, siapa pula yang bakal dijulang “The King of Masked Singer" musim terbaru ini. Sama-sama kita nantikannya!

Untuk rekod, kesemua selebriti yang terlibat tidak terhad daripada kalangan penyanyi, malah dari pelbagai latar belakang seni termasuklah pelakon, pelawak, personaliti televisyen juga atlet sukan.

Bagi musim kedua yang menyusul, 14 kostum unik menjadi peragaan barisan peserta iaitu Bujang Senang, Teh Tarik Kaw, Mat Penyu, Seladang, Aiskrim Roti, Ratu Semut, Orkid, Harum Manis, Pepatung, Burung Hantu, Si Merak, Nanas, Periuk Kera dan Rambutan.

    

Berlandaskan format asal rancangan dari Korea Selatan, The King Of Mask Singer, TMSM musim kedua ditayangkan mulai 28 Januari 2022 pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam di saluran Astro Warna (CH107), termasuk tontonan online di aplikasi Astro GO dan platform On Demand.

     

Ini Identiti Sebenar Peserta The Masked Singer Malaysia 2020 (Musim 1), Termasuk Keputusan Juara Dan Pemenang

Tersingkir Episod / Minggu 1 - Nasi lemak

the masked singer malaysia 477

Identiti - Datuk Mirnawan Nawawi (bekas pemain hoki Malaysia)

Tersingkir Episod / Minggu 2  - Rimau

the masked singer 315

Identiti - Ebby Saiful

Tersingkir Episod / Minggu 3 - Air Batu Campur (ABC)

the masked singer malaysia 2

Identiti - Yana Samsudin

Tersingkir Episod / Minggu 4 - Durian King

masked singer malaysia 2

Identiti - Zain Hamid (Ruffedge)

Tersingkir Episod / Minggu 5 - Ayam Jantan

masked singer malaysia 2022

Identiti - Hairul Azreen

Tersingkir Episod / Minggu 6 - Badak Sumbu (Reno)

masked singer malaysia season 2

Identiti - Chiwan Chilok

Tersingkir Episod / Minggu 7 - Rafflessia

the masked singer malaysia 2022

Identiti - Datin Paduka Eina Azman

Finalis Konsert Akhir / Final

Tempat Kelima - Enggang

mask singer malaysia

Identiti - Vince Chong

Tempat Keempat - Wau Bulan

the masked singer malaysia season 2

Identiti - Datin Alyah

Tempat Ketiga - Orang Utan

keputusan masked singer malaysia

Identiti - Tuju K-Clique

Tempat Kedua - Rajah Brooke

pemenang masked singer malaysia

Identiti - Vanessa

Juara - Bunga Raya

the masked singer malaysia episode

Identiti - Aina Abdul

Baca: Keputusan, Kedudukan Dan Senarai Lagu Mingguan Peserta The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 Musim 3

Baca: Terjawab! Senarai Identiti Peserta The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 Musim 3

Baca: Info Penuh Program The Masked Singer Malaysia 2022 Musim 2

Baca: Identiti Peserta Dan Senarai Keputusan The Masked Singer Malaysia 2022 Musim 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Kredit video: [PENUH] Siapakah pemilik suara lunak disebalik Topeng itu?! The Masked Singer Malaysia | Season 1 Full Episode 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)