Oleh pada 17 Dec 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Mengemukakan rekaan busana dengan 14 kostum menarik dan unik yang dipakai oleh peserta, program realiti nyanyian terkenal, The Masked Singer Malaysia (TMSMY) hadir dengan edisi musim yang keempat!

Lebih gah, 15 orang personaliti terkenal negara dalam kalangan nama-nama besar dari pelbagai cabang seni, seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan dan pempengaruh media sosial, akan bersaing menonjolkan bakat vokal di hadapan panel juri terkenal yang terdiri daripada selebriti.

         

the masked singer malaysia 25714

Format penjurian The Masked Singer Malaysia Siri 4 turut melibatkan penyertaan undian penonton. Kredit foto: Instagram Zizan Razak

          

Model program ini diadaptasi daripada format rancangan realiti 'The King of Mask Singer' di mana peserta 'The Masked Singer Malaysia' akan mengenakan kostum penutup badan bagi menjaga kerahsiaan identiti mereka.

Kostum-kostum yang digunakan termasuk Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim, dan yang menarik, kali ini turut mempersembahkan pasangan duo dalam kostum Cili Padi.

         

masked singer malaysia 2023 31512

Informasi mengenai cara untuk mendapatkan tiket. Kredit foto: Instagram Zon Lawak

         

Pertaruhan hanya melalui suara menyebabkan barisan juri berbalah untuk cuba meneka siapa yang bersembunyi di sebalik topeng.

Bersiaran secara langsung di Astro Warna HD (saluran 107) mulai 17 Disember 2023, The Masked Singer Malaysia 4 akan mengambil ruang di CIBD Convention Center Kuala Lumpur pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Penyiaran dalam talian disediakan melalui kandungan On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go serta Sooka.

Pada musim sebelum ini, TMSMY telah mengurniakan gelaran juara kepada penyanyi terkenal Aina Abdul (Musim 1) yang berselindung di dalam kostum Bunga Raya, Shila Amzah (Musim 2) dengan kostum Rambutan dan Ayda Jebat (Musim 3) yang mengenakan kostum Betta Fish.

Di bawah ini adalah identiti 15 peserta yang mengambil bahagian dalam musim ini.

        

Identiti Peserta The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 (Musim 4)

       

Musang

Tersingkir Episod / Minggu 8

Identiti - Datuk Yusry Abdul Halim (Penyanyi, Pelakon, Komposer, Penerbit, Pengarah)

       

Teratai

Tempat Kelima Konsert Akhir

Identiti - Nabila Razali (Penyanyi, Pelakon)

      

Ikan Emas

Tersingkir Episod / Minggu 4

Identiti - Daiyan Trisha (Pelakon, Penyanyi, Pempengaruh)

      

Putera Katak

Tersingkir Episod / Minggu 3

Identiti - Rashidi Ishak (Pelakon, Pemuzik, Pengarah)

       

Mat Helang

Naib Juara / Tempat Kedua Konsert Akhir

Identiti - Namie Smy (Pelawak, Penyanyi)

      

Cili Padi (Duo)

Tersingkir Episod / Minggu 2

Identiti - Amira Othman & Irfan Haris (Penyanyi)

        

Bunga Matahari

Juara Konsert Akhir

Identiti - Stacy (Penyanyi)

      

Pom Pom Kin

Tersingkir Episod / Minggu 5

Identiti - Amelina (Penyanyi Dangdut)

       

Roti John

Tersingkir Episod / Minggu 9

Identiti - Hun Haqeem (Pelakon)

         

Bawang Putih

Tersingkir Episod / Minggu 7

Identiti - Noki K-Clique (Penyanyi, Pelakon, Juara Anugerah Juara Lagu 2021)

        

Biskut Aiskrim

Tempat Keempat Konsert Akhir

Identiti - Adinda Tasya - Ceria Popstar (Penyanyi)

        

Kak Cat

Tersingkir Episod / Minggu 1

Identiti - Dr Soo Wincci (Penyanyi, Pelakon, Model, Pensyarah, Miss World Malaysia)

        

Abang Jagung

Tersingkir Episod / Minggu 6

Identiti - Azan Ruffedge (Penyanyi, Pencipta Lagu)

      

Sang Kancil

Tempat Ketiga Konsert Akhir

Identiti - Danial Zaini (Pelawak, Penyanyi, Pelakon)

        

Baca: Biodata Penyanyi Adinda Tasya (Ceria Popstar), Peserta Maskot Biskut Aiskrim The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 (Musim 4)

Baca: Keputusan Markah, Senarai Lagu Tugasan Mingguan Peserta The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 Musim 4

Baca: Info Penuh, Peserta, Juri, Format Penjurian, Pengacara The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 (Musim 4)

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 (GV11)

Baca: Keputusan, Kedudukan Dan Senarai Lagu Mingguan Peserta The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 Musim 3

Baca: Terjawab! Senarai Identiti Peserta The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 Musim 3

Baca: Identiti Peserta Dan Senarai Keputusan Mingguan Dan Pemenang The Masked Singer Malaysia 2022 Musim 2

Baca: Identiti Peserta Dan Senarai Keputusan Pemenang The Masked Singer Malaysia 2020 Musim 1

       

Pada masa lalu, The Masked Singer Malaysia pernah menyaksikan penyertaan bintang-bintang terkenal seperti Aina Abdul yang beraksi dalam kostum Bunga Raya, Shila Amzah (Rambutan), Liza Hanim (Orkid), Hael Husaini (Brokoli), Syamel (Nyok Muda) dan Ajai (Mr Parrot).

Selain itu, Amir Masdi (Seladang), Tuju K Clique (Orang Utan), Vince Chong (Enggang), Vanessa Reynauld (Rajah Brooke), Datin Alyah (Wau), Datin Paduka Eina Azman (Rafflesia), Zain Hamid (Musang King) dan ramai lagi.

        

Senarai Bekas Juara / Pemenang The Masked Singer Malaysia

Musim 1 (2020) - Aina Abdul (Bunga Raya)

Musim 2 (2022) - Shila Amzah (Rambutan)

Musim 3 (2022 / 2023) - Ayda Jebat (Betta Fish)

        

Tajuk program? The Masked Singer Malaysia Musim 4

Berapa episod? 10 episod (Dua hingga tiga jam setiap episod)

Setiap hari apa? Ahad

Bila tayang? Jam 9 malam

Tonton di mana? Astro Warna dan platform online, Astro Go dan Sooka

       

Kredit video: FULL The Masked Singer Malaysia Live + | Minggu / Episode 1 | Part 1 Season 3

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)