Telur adalah antara makanan paling berkhasiat yang wujud di Bumi. Malah, sebiji telur mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk menukarkan sel tunggal menjadi seekor ayam sempurna.

Walau bagaimanapun, telur telah mendapat reputasi yang buruk kerana kuning telur mengandungi kolesterol yang tinggi.

Namun, perihal kolesterol bukanlah sesuatu yang ringkas. Semakin banyak anda makan kolesterol, semakin kurang tubuh anda menghasilkannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Atas sebab ini, memakan beberapa biji telur tidak akan menyebabkan peningkatan paras kolesterol yang tinggi.

Artikel ini menerangkan proses ini dan membincangkan berapa biji telur yang anda boleh makan dengan selamat setiap hari.

Bagaimana tubuh mengawal tahap kolesterol

fungsi kolesterol dalam badan

Kolesterol sering dilihat sebagai sesuatu yang negatif.

Ini kerana beberapa kajian telah mengaitkan kadar kolesterol yang tinggi dengan penyakit jantung dan kematian awal. Walau bagaimanapun, bukti-bukti tersebut adalah bercampur-campur. 

Sebenarnya, kolesterol memainkan fungsi yang sangat penting dalam badan anda dan merupakan molekul struktur yang penting untuk setiap membran sel.

Ia juga digunakan untuk menghasilkan hormon steroid seperti testosteron, estrogen dan kortisol.

Memandangkan betapa pentingnya kolesterol, maka badan anda mempunyai cara-cara yang rumit untuk memastikan ia sentiasa mempunyai kolesterol yang cukup.

Oleh kerana mendapatkan kolesterol dari pemakanan bukanlah pilihan yang sentiasa ada, organ hati anda akan menghasilkan jumlah kolesterol yang cukup untuk memenuhi keperluan tubuh anda.

Namun apabila anda makan banyak makanan yang kaya dengan kolesterol, hati anda mula menghasilkan jumlah kolesterol yang lebih rendah untuk mengimbangi tahap kolesterol daripada menjadi terlalu tinggi.

Oleh itu, jumlah kolesterol dalam tubuh anda hanya akan mengalami perubahan yang sedikit jika anda makan makanan yang kaya dengan kolesterol.

Apa yang berubah adalah sumbernya, iaitu sama ada daripada pemakanan anda atau hati anda. 

Walau bagaimanapun, anda masih perlu mengelakkan diri daripada memakan kolesterol berlebihan sekiranya paras darah anda meningkat.

Pengambilan yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan sederhana dalam tahap kolesterol darah. 

Apa yang berlaku jika anda makan beberapa biji telur sehari? 

kuning telur tidak bahaya mitos kolestrol

Kredit foto : doktor kacak Dr. Shazril Shaharuddin

Selama beberapa dekad, kita semua telah dinasihatkan untuk mengehadkan pengambilan telurnya atau sekurang-kurangnya elakkan daripada memakan kuning telur.

Sebiji telur bersaiz sederhana mengandungi 186 mg kolesterol, iaitu 62% daripada pengambilan harian yang disyorkan (RDI). Sebaliknya, putih telur majoritinya terdiri daripada protein dan rendah kolesterol.

Cadangan biasa termasuklah memakan 2 hingga 6 kuning telur dalam seminggu. Walau bagaimanapun, sokongan saintifik untuk had ini tidak mencukupi. 

Beberapa kajian telah mengkaji kesan telur pada tahap kolesterol. Kajian ini membahagikan peserta kepada 2 kumpulan di mana satu kumpulan memakan 1 hingga 3 biji telur (putih dan kuning) setiap hari sementara yang lain makan makanan yang lain, seperti pengganti telur. 

Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa:

  1. Dalam hampir semua kes, kolesterol "baik" iaitu HDL (lipoprotein berketumpatan tinggi) didapati meningkat
  2. Kadar kolesterol "jahat" iaitu LDL (lipoprotein berketumpatan rendah) biasanya tidak berubah tetapi kadang-kala bertambah dalam jumlah yang sedikit.
  3. Makan telur yang diperkaya omega-3 yang menurunkan trigliserida darah, satu lagi faktor risiko penting
  4. Tahap darah karotenoid antioksidan seperti lutein dan zeaxanthin meningkat dengan ketara

Didapati bahawa respons terhadap pengambilan telur secara keseluruhan bergantung kepada individu.

Dalam 70% orang, telur tidak mempunyai kesan ke atas kolesterol buruk (LDL). Walau bagaimanapun, dalam 30% orang yang dipanggil "hyper-responder", jumlah LDL meningkat sedikit.

bahaya kuning telur dan kolesterol 260

Walaupun makan beberapa biji telur sehari mungkin boleh meningkatkan kolesterol darah bagi sesetengah orang, ia akan mengubah zarah-zarah LDL yang "buruk" dari kecil dan padat menjadi besar.

Orang yang mempunyai zarah LDL yang besar mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih rendah.

Jadi, walaupun telur menyebabkan kenaikan sederhana dalam jumlah dan kadar kolesterol LDL, ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. 

Dengan ini, sains menjelaskan bahawa pengambilan telur penuh iaitu kuning dan putih boleh diambil sehingga 3 biji sehari, bagi orang yang sihat. 

Telur dan penyakit jantung

telur dan penyakit jantung

Pelbagai kajian telah mengkaji hubungan antara pengambilan telur dan risiko penyakit jantung. Kebanyakannya daripada kajian ini adalah kajian pemerhatian di mana sekumpulan besar orang diikuti selama bertahun-tahun.

Penyelidik kemudian menggunakan kaedah statistik untuk menentukan sama ada tabiat tertentu seperti pemakanan, merokok atau senaman dikaitkan dengan salah satu iaitu penurunan atau peningkatan risiko penyakit tertentu.

Kajian-kajian ini yang mana merangkumi beberapa beribu-ribu orang secara konsistennya menunjukkan bahawa orang yang makan keseluruhan telur tidak mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang tidak.

Sesetengah daripada kajian ini telah menunjukkan risiko penurunan strok bagi pemakan telur penuh. 

berapa jumlah telur maksimum boleh dimakan sehari 352

Walau bagaimanapun, kajian ini menunjukkan bahawa orang yang mempunyai diabetes jenis 2 dan memakan telur dalam jumlah yang banyak mempunyai peningkatan risiko penyakit jantung.

Satu kajian terkawal terhadap peaskit diabetes jenis 2 mendapati bahawa memakan 2 biji telur sehari, 6 hari seminggu, selama 3 bulan tidak banyak mempengaruhi paras lipid darah (kolesterol).

Kesan terhadap kesihatan juga mungkin bergantung kepada pemakanan anda. Bagi pemakanan rendah karbohidrat yang merupakan pemakanan terbaik untuk pesakit diabetes, telur membawa kepada pengurangan faktor risiko penyakit jantung.

Faedah kesihatan lain pengambilan telur

manfaat telur kepada kesihatan

Anda juga perlu ingat bahawa telur bukanlah semata-mata kolesterol. Ia juga kaya dengan nutrien dan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, seperti:

  1. Kaya dengan lutein dan zeaxanthin, antioksidan yang mengurangkan risiko penyakit mata seperti degenerasi makula dan katarak
  2. Samgat kaya dengan choline, nutrien yang memainkan peranan penting dalam semua sel
  3. Kaya dengan protein haiwan yang berkualiti dan antara faedah-faedahnya termasuklah peningkatan jisim otot dan kesihatan tulang yang lebih baik
  4. Kajian menunjukkan bahawa telur meningkatkan rasa kenyang dan membantu mengurangkan berat badan

Malah, telur adalah sangat lazat dan mudah disediakan. Faedah memakan telur jauh melebihi potensi negatif yang didakwa.

Berapakah jumlah yang dianggap keterlaluan?

makan telur berlebihan

Malangnya, tiada kajian yang dilakukan melibatkan pengambilan lebih daripada 3 biji telur sehari.

Namun, walaupun masih belum dibuktikan tetapi pengambilan lebih daripada 3 biji telur sehari mungkin boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan.

Tetapi perlu diingat bahawa ia berbeza mengikut individu. Sebagai contoh, kesan terhadap kesihatan bagi atlet dengan pesakit diabetes jenis 2 sudah tentu tidak serupa.

Walau bagaimanapun, terdapat satu kajian kes yang melibatkan seorang lelaki berusia 88 tahun yang memakan 25 biji telur sehari. Beliau mempunyai tahap kolesterol normal dan berada dalam kesihatan yang sangat baik

Rujukan:

1. Healthline

2. Mayo Clinic

3. Harvard Edu




Hakcipta iluminasi.com (2017)