Telur ayam adalah makanan yang sangat biasa dan boleh didapati di semua kedai runcit. Sesetengah kedai juga menjual jenis telur yang lebih eksotik seperti telur burung puyuh dan telur itik.

Namun, jenis telur yang anda mungkin tak pernah lihat atau beli, adalah telur ayam belanda. 

Anda mungkin pernah makan daging ayam belanda kerana ia boleh didapati di pasar raya atau anda boleh dapatkan di kedai sejuk beku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, pernahkah anda makan telur ayam belanda? Mengapa sukar untuk kita dapatkan telur ayam belanda?

Adakah kerana ia tidak boleh dimakan atau ia tidak sedap?

telur ayam belanda

Telur ayam belanda bukanlah tidak baik untuk kesihatan. Ia boleh dimakan dan mempunyai rasa yang enak seperti telur ayam biasa.

Ia memiliki konsistensi berkrim yang sama dengan telur itik dan warna berbintik seperti telur puyuh.

Faktor terbesar yang membuatkan anda tidak dapat menikmati telur ayam belanda adalah disebabkan penawaran dan permintaan.

Sebenarnya, ayam belanda tidak bertelur sebanyak ayam biasa, malah bertelur dalam jumlah yang sangat sedikit.

Jadi, telur yang dihasilkan oleh ayam belanda digunakan oleh para penternak untuk mendapatkan lebih banyak ayam belanda. 

Seekor ayam atau itik bertelur sekitar sebiji telur sehari, tetapi paling banyak ayam belanda bertelur adalah 2 biji seminggu.

kenapa kita tak makan ayam belanda

Secara purata, seekor ayam bertelur sekitar 300 biji setiap tahun, namun purata ayam belanda bertelur adalah 100 biji setahun.

Tempoh pengeluaran juga merupakan faktor yang memainkan peranan penting.

Ayam mula bertelur pada usia 19 minggu, dan disebabkan ayam belanda mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, maka ia perlu membesar sehingga betul-betul matang untuk bertelur iaitu sekitar usia 32 minggu.

Saiz juga memainkan peranan yang penting.

Ayam belanda jauh lebih besar berbanding ayam biasa, rata-rata memiliki berat 7.7 kilogram jika dibandingkan dengan ayam biasa sekitar 1.5 kilogram.

telur ayam belanda sukar didapati

Malah, haiwan ini juga lebih memerlukan kos yang lebih tinggi untuk diternak dalam suasana kilang kerana ia memerlukan lebih ruang dan makanan daripada ayam biasa.

Sifat kekeluargaan ayam belanda juga memainkan peranan dalam hal ini. Ayam belanda lebih cenderung duduk di atas telur, melindungi dan mengeram telur. Sebaliknya bagi ayam biasa, ia kurang untuk melakukan ini disebabkan oleh evolusi selama beribu-ribu tahun.

Ayam biasa boleh bertelur dan kemudiannya langsung tidak mempunyai keinginan untuk mengeram telur untuk mendapatkan anak.

Kesimpulannya, kita bukanlah tidak dapat menikmati telur ayam belanda disebabkan ada konspirasi di sebaliknya.

Dari sudut pandangan makanan, telur haiwan ini tidak berbaloi untuk dihasilkan secara besar-besaran.

Namun ini tidak bermakna anda tidak boleh membeli telur ayam belanda kerana ia ada dijual, cuma tidak secara meluas.

Rujukan:

1. Mengapa Telur Ayam Belanda Tidak Dijual Di Pasar Raya?

2. Mengapa Telur Ayam Belanda Sukar Didapati?

3. Mengapa Kita Tak Makan Telur Ayam Belanda?




Hakcipta iluminasi.com (2017)