Oleh pada 09 Jul 2019 kategori

Kredit gambar: Hafiffy Muhamad

Bagi penduduk Kedah terutamanya Alor Setar, anda pasti pernah melalui istana yang kini terbiar memburuk di tengah-tengah kota Alor Setar yang semakin membangun. Disebabkan ia terlalu lama dan sudah usang, ramai yang tidak mengetahui akan sejarahnya terutamanya generasi milenia. 

Walaupun istana ini dah lama terbiar dan mengalami keuzuran tetapi keseniannya masih menyerlah sudut pandangan mata aku. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ia dahulunya berdiri megah dan tersergam indah, kini diselubungi kesuraman akibat tidak dijaga. Akan tetapi, keseniannya masih terserlah dan sejarahnya tidak pernah dilupakan.

keadaan istana sepachendera yang terbiar

keadaan istana sepachendera yang terbiar 0

Keadaan terkini Istana Sepachendera di Alor Setar

Istana megah yang hampir berusia 14 tahun ini diberi nama Istana Sepachenderadan dibina pada tahun 1882. Seperti salah satu keajaiban dunia iaitu Taj Mahal, Istana Sepachenderayang terletak di Jalan Kampung Baru ini dibina sebagai lambang cinta dan kasih Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk isterinya, Che Sepachendera.

Walaupun bahagian luar dan dalamannya kini semakin menyeramkan, istana ini tersemat nilai sejarah yang sangat berharga. Che Sepachendera mendiami istana ini dan tidak di istana utama iaitu Istana Kota Setar. Beliau mendiami istana ini sehingga nafas terakhir iaitu pada tahun 1907.

tunku ibrahim putera pertama yang dilahirkan di istana sepachendera

Tunku Ibrahim putera pertama yang dilahirkan di Istana Sepachendera

Ia kemudiannya diwariskan kepada anakandanya. Istana ini juga menjadi saksi kepada keputeraan beberapa putera dan puteri keturunan diraja Kedah, termasuklah Tunku Ibrahim (Tunku Sulung), Tunku Rokiah, Tunku Zamzam dan Tunku Kasim (Tunku Laksamana).

Disebabkan oleh keunikan reka bentuk dan ukirannya, monumen ini dianggap sebagai antara salah satu lambang kemegahan negeri Kedah Darul Aman. Istana ini juga pada awalnya menjadi tempat golongan kerabat Diraja mendapatkan pendidikan awal.

Dengan keprihatinan Tunku Ibrahim terhadap institusi pendidikan, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah Inggeris perempuan yang pertama, diberi nama Sekolah Perempuan Kampung Baharu pada tahun 1922.

keadaan istana sepachendera yang terbiar 3

Sekolah ini pada mulanya mempunyai 30 pelajar dan bertambah menjadi 45 orang pada tahun 1933. 

Selepas Sekolah Perempuan Kampung Baru dipindahkan ke Jalan Langgar yang mana ditukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Sultanah Asma, istana ini dijadikan Cawangan Jabaran Pendidikan Negeri Kedah.

Istana Sepachendera juga pernah menjadi Pejabat Penyelamat Kebakaran (BOMBA) dan Sekolah Bahasa Jepun di antara tahun 1942 dan 1943.

Fungsi istana berubah secara sepenuhnya pada tahun 2000 apabila ia dijadikan kediaman pelajar lelaki Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Seni bina gabungan seni Melayu - Siam

lukisan reka bentuk istana sepachendera

Mungkin ia kelihatan seperti mana-mana istana di seluruh Malaysia, namun istana ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Bangunan 3 tingkat ini dibina dengan reka bentuk gabungan seni bina Melayu dan Siam.

Apa yang lebih menarik adalah istana yang juga dikenali sebagai Istana Kampung Baru ini dibina menggunakan sejumlah putih telur dan manisan lebah.

"Bagaimanapun, kita tidak tahu berapa putih telur dan manisan lebah yang digunakan, bagaimanapun saya yakin jumlah digunakan dalam pembinaan banyak berdasarkan keluasan istana itu" kata Pengerusi PSMCK, Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusuf

keadaan istana sepachendera yang terbiar 4

bahagian dalam istana sepachendera

Bahagian dalam Istana Sepachendera

Aras bawah merupakan ruangan aktiviti untuk para pekerja, tingkat satu digunakan sebagai ruang makan dan aktiviti kerabat. Bilik Che Sepachendra terletak di tingkat 2 dilengkapi dengan balkoni, bilik air, bilik pakaian, ruang tamu dan bilik menunggu.

Monumen bersejarah seperti ini seharusnya dijaga dan dipulihkan bagi agar kita sentiasa mengingati sejarah dan kehebatan masa lalu.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)