Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur dengan luas kawasan yang tidak terlalu luas dan struktur muka bumi di Malaysia yang boleh dikatakan ideal untuk mempunyai jalan raya yang sangat baik. Terima kasih kepada PLUS, kita boleh bergerak daripada Perlis hingga ke Johor dengan sangat selesa. Ia membuatkan kehidupan kita lebih mudah dengan tidak perlu mengharungi jalan-jalan yang berisiko tinggi.

Antara jalan yang paling bahaya pun adalah jalan ke Genting Highland, atau Lebuh Raya Karak. Namun, jika dibandingkan dengan jalan-jalan ini, pastinya anda akan berasa sangat lega ia tidak wujud di Malaysia.

iluminasi.com ingin berkongsi 7 jalan raya yang paling berbahaya dan menakutkan di dunia.

7. Karakoram Highway

karakoram highway 231

Ini antara jala paling berbahaya di dunia. Sekali pandang pun dan meremang bulu roma. Ia digelar "Friendship Highway" yang mana menghubungkan China dan Pakistan merentasi Gunung Karakoram dan berketinggian 4,693 meter. Semasa pembinaan jalan ini, dilaporkan sebanyak 140 orang pekerja China telah terkorban. Jalan ini terdedah kepada tanah runtuh berbatu dan juga banjir, dan apa yang lebih menakutkan adalah jalan di Pakistan tidak diturap. Walaupun sangat berbahaya, ia mampu untuk menarik pelancong untuk datang melewati jalan ini.

6. Kabul - Jalalabad Road, Afghanistan

afghanistan road

Jalan yang berjarak 143 kilometer ini menghubungkan Kabul dan Jalalabad, bandar terbesar di timur Afghanistan. Jalan ini juga melalui Kabul River George, iaitu di wilayah Taliban, sepanjang 64 kilometer. Disebabkan jalan yang sempit dan infrastrutkur keselamatan yang kurang di sini ditambah dengan kesesakan, ia telah menyebabkan terlalu banyak kemalangan berlaku. Jika anda lihat, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

5. Sichuan-Tibet Highway

sichuan tibet

Jalan ini adalah jalan berada di paras sangat tinggi yang menghubungkan Chengdu dan Tibet. Jalan yang sangat sempit sepanjang jalan ini sudah semestinya sangat berbahaya namun apa yang membuatkan ianya lebih bahaya adalah tanah runtuh dan juga gelongsoran batu-batu besar merupakan perkara biasa.

sichuan tibet highway china

Jalan ini telah mencatatkan kematian yang sangat tinggi di mana daripada 1,000 pemandu, lebih daripada 75 pemandu terkorban melalui jalan ini. Jalan yang tidak diturap akan menyebabkan ia menjadi perangkap lumpur pada musim hujan. Selain itu, jalan ini juga kerap mengalami kesesakan hampir berjam-jam.

4. The Stelvio Pass, Itali

stelvio pass 562

Terletak 2,757 di atas paras laut, jalan bersimpang siur ini adalah jalan merentasi gunung yang berturap tertinggi di Timur Alps. Sebahagian jalan ini adalah sangat-sangat berbahaya. Jalan ini dipagari dengan penghadang kongkrit yang rendah. Bagi yang mudah mabuk jalan, pastinya akan termuntah kerana di bahagian atas jalan ini mempunyai 48 selekoh tajam seakan-akan U-turn. Jadi, pemandu sangat digalakkan untuk memandu dengan kelajuan yang minima.

3. Los Caracoles Pass, Chile

los caracoles pass

Sekali pandang dah macam track dalam game pula kan. Jalan berbahaya ini merentasi Gunung Andreas di antara Chile dan Argentina. Dengan mempunyai banyak cerun yang curam dan juga selekoh tajam, ditambah pula dengan tiada penghadang keselamatan, ia menjadikan jalan ini antara jalan paling bahaya di dunia. Dengan hanya sedikit kesilapan boleh membawa maut.

los caracoles

Bukan itu sahaja, jalan ini diselaputi dengan salji hampir sepanjang tahun, yang membuatkan ianya licin dan sukar untuk mengawal kenderaan yang menguji kesabaran. Jalan ini digunakan oleh lori-lori besar dan bas pelancong, setiap hari.

2. The Skippers Canyon Road, New Zealand

the skippers canyon road 240

Jalan yang sangat menyeramkan ini hanya mempunyai lorong yang sangat-sangat sempit di tengah-tengah tebing yang sangat tinggi. Sudah la sangat sempit, ia juga tidak mempunyai penghadang jalan. Kerana ia sangat berbahaya, anda perlu mempunyai permit untuk memandu di atas jalan ini. Jalan yang terlalu sempit ini hampir tidak menginzin dua kereta dari arah bertentangan bergerak dalam masa yang sama, jadi jika berlaku situasi ini, pandai-pandai lah anda.

1. North Yungas Road, Bolivia

north yungas road

Berada di tangga pertama jalan paling berbahaya di dunia ini adalah sesuai dengan gelaran yang diberikan kepada jalan ini, iaitu "Road of Death". Terletak di Yungas, Bolivia, dianggarkan sebanyak 200 hingga 300 pengembara terkorban sepanjang jalan ini setiap tahun.

jalan kematian

Di sini, adalah menjadi perkara biasa untuk bas dan lori untuk jatuh ke bawah lembah ini, terutamanya ketika mereka cuba untuk melepasi antara satu sama lain. 


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)