telur ikan biasa

Siapa pernah makan telur ikan? Pasti ramai yang pernah kan. Biasanya telur ikan yang anda selalu makan diperolehi jika ikan betina tersebut mempunyai telur di dalamnya atau makan di kedai sushi.

kaviar ikan sturgeon hitam dalam mangkuk

Namun, terdapat satu makanan yang dikenali sebagai kaviar, iaitu telur ikan dari spesis ikan sturgeon yang mana anda boleh dibeli secara terus. Apa yang menariknya, telur-telur ini adalah tersangat mahal, mencecah ribuan ringgit.

Agak tidak masuk akal untuk membayar sesuap telur ikan dengan harga sebegini namun itulah realitinya. iluminasi.com ingin kongsikan dengan anda 5 fakta menarik mengenai kaviar yang merupakan telur ikan paling mahal di dunia.

1. Sejarah industri kaviar

kaviar hidangan untuk orang kaya

Kebanyakan kaviar datang dari Laut Kaspia, lebih kurang 30 tahun lalu. Perniagaan ini didominasi oleh beberapa pedagang kaviar dari Iran dan Rusia.

Semenjak penubuhan CITES pada tahun 1998, dan berikutan permintaan yang meningkat berikutan permintaan yang semakin meningkat bagi kaviar sturgeon, industri ini telah berkembang menjadi bisnes global dengan ladang penternakan di seluruh dunia.

kaviar telur ikan paling mahal di dunia 457

Ladang kaviar Carelian terletak di daerah tasik Finland dan satu-satunya pengeluar kaviar sturgeon di wilayah Nordik.

2. Saiz ikan sturgeon dan tempoh menghasilkan kaviar

ikan sturgeon

Ikan hebat ini adalah haiwan pra-sejarah iaitu yang telah wujud sejak 300 juta tahun dahulu. Spesis ikan sturgeon paling besar dikenali sebagai Beluga yang mampu membesar sehinga 20 kaki panjang dan seberat lebih daripada 2,000 kilogram dengan usia melebihi 100 tahun.

kaviar yang dikeluarkan dari perut ikan sturgeon

Ikan sturgeon Siberia pula boleh membesar sehingga 200 kilogram dan mengambil masa di antara 4 hingga 6 tahun untuk menghasilkan telur.

3. Kaviar segar vs kaviar pasteur

proses menyediakan caviar

Kaviar dihasilkal melalui telur yang diambil dalam perut ikan sturgeon betina. Terdapat pelbagai jenis ikan sturgeon dan juga pelbagai cara menghasilkan telur ini. Ia menghasilkan kepelbagaian kualiti kaviar.

"Malossol" merupakan kaviar segar yang merupakan kaviar berkualiti terbaik, namun mempunyai tarikh luput yang singkat. Namun jangka hayatnya mampu dipanjangkan dengan melalui proses pempasteuran telur atau ditambahkan bahan tambahan seperti Borax dan LIV-1.

Namun, proses ini mengurangkan rasa kompleks yang ada pada kaviar ini. 

4. Harga kaviar yang tak masuk akal

kaviar hitam dan kaviar putih

Seperti truffle dan saffron, kaviar dari ikan sturgeon merupakan komoditi paling berharga di atas muka bumi. Semakin lama tempoh menghasilkan kaviar ini, semaking tinggi harganya.

Kaviar Beluga yang mana telurnya diambil dari ikan Huso Huso dari Laut Kaspia boleh mengambil masa selama 18 hingga 20 tahun untuk dihasilkan.

black caviar telur ikan paling mahal

Tak peliklah kalau harganya tersangat tinggi dan hanya beberapa ladang ternakan sahaha yang mampu menghasilkan kaviar ini di dunia.

Harga kaviar Beluga boleh mencecah setinggi RM13,400 untuk 100 gram. Bermakna lebih kurang RM130,000 untuk sekilo gram.

5. Cara tentukan kualiti kaviar

caviar makanan bangsawan

Bau kaviar yang berkuliti adalah bau bersih dan butiran-butiran telur ini akan meletup di atas lidah anda. Rasanya seharusnya segar ketika kali pertama dirasa, dan menjadi semakin kompleks dan pekat apabila ia berada di dalam mulut.

Rasa masin harus selari dengan kaviar dan di penghujungnya, anda akan merasakan gabungan rasa mentega dan manis.

6. Apa itu CITES?

The Convention on International Trade in Endangered Species (CITES) adalah perjanjian antarabangsa antara kerajaan yang bermatlamat memastikan perdagangan angarabngsa dalam spesimen haiwan liar dan tumbuhan tidak mengancam kelangsungan hidup mereka.


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)