Antara salah satu utama mengapa kebanyakan bahan masakan atau daging dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan adalah untuk menjadikannya enak dan boleh dimakan.

Terdapat pelbagai makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dimakan secara terus iaitu mentah dan memberikan manfaat yang lebih berbanding dimasak.

Namun, sesetengah makanan dan sayur-sayuran tidak boleh dimakan secara mentah disebabkan beberapa perkara yang mana boleh membawa maut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 makanan yang anda tak patut makan secara mentah.

1. Susu mentah banyak bakteria

susu tidak patut diminum secara mentah

Susu segar dipercayai jenis susu yang terbaik untuk tubuh badan manusia, tetapi "segar" tidak bermakna ia datang secara langsung dari lembu, kambing, biri-biri, kerbau atau unta.

Susu mentah atau susu tidak dipasteurisasi, boleh membawa bakteria berbahaya dan kuman lain yang boleh membuatkan anda sakit.

Malah, meminum susu mentah juga boleh menyebabkan kematian.

Ia juga boleh menyebabkan jangkitan serius, seperti salmonella, listeria, dan E. coli. Kajian oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menunjukkan bahawa wabak susu mentah terus mengancam kesihatan manusia.

2. Telur mentah pembawa salmonella

telur tak patut dimakan mentah mentah

Memakan telur mentah dianggap perkara biasa di negara-negara seperti Jepun dan Korea dan ia pernah dipopularkan oleh adegan di Rocky memakan telur mentah.

Satu mitos bahawa telur mentah adalah pilihan yang lebih baik daripada telur masak telah dibuktikan palsu oleh kajian kecil yang mendapati bahawa penyerapan protein lebih tinggi dalam telur yang dimasak (90%) daripada telur mentah (50%).

Terdapat wabak jangkitan salmonella disebabkan oleh kulit telur yang tercemar.

3. Tepung mentah dan E. Coli

tepung tak patut dimakan mentah mentah

Sesudu doh mentah bukan sahaja boleh membuatkan anda berhadapan dengan risiko untuk mendapat jangkitan salmonella kerana telur mentah terkandung di dalamnya, tetapi anda juga berisiko dijangkiti bakteri E.coli dalam tepung.

Pada tahun 2016, wabak jangkitan E. coli yang dikaitkan dengan tepung mentah telah menyebabkan 63 orang jatuh sakit.

Oleh kerana bakteria terbunuh apabila makanan yang mengandungi tepung dimasak, maka anda perlu memastikan makanan tersebut dimasak dengan baik.

Ini bukan tertakluk kepada kuih atau biskut sahaja tetapi juga semua makanan yang mengandungi tepung. 

4. Tuna mentah dan merkuri

tuna tak patut dimakan mentah mentah

Apabila anda terfikir tentang sushi, salah satu daripada hidangan yang bermain di fikiran sudah tentulah tuna mentah.

Walaupun anda boleh makan tuna mentah, namun anda mungkin berhadapan dengan risiko penyakit bawaan makanan jika tuna mentah tersebut tidak disimpan jauh dari daging mentah atau ikan mentah lain.

Tuna mentah juga mempunyai kandungan merkuri yang sangat tinggi, yang boleh memberi kesan toksik pada sistem kardiovaskular dan saraf pusat.

Satu kajian juga mendapati bahawa jumlah merkuri yang boleh diakses secara bio adalah 40% hingga 60% lebih rendah dalam ikan yang dimasak, berbanding ikan mentah.

5. Ayam dan khinzir mentah banyak parasit

ayam tak patut dimakan mentah mentah

Terdapat sebab penting mengapa Gordon Ramsay mengamuk setiap kali beliau dihidangkan ayam mentah. Sebabnya adalah ayam mentah adalah "beracun".

Tidak seperti daging lembu, makan ayam mentah boleh mengakibatkan penyakit serius kerana ia mengandungi salmonella, campylobacter, atau keduanya, yang boleh menyebabkan cirit-birit, demam dan kekejangan perut.

Satu kajian menyatakan bahawa ayam adalah makanan yang paling biasa dalam jangkitan wabak di antara tahun 1998 hingga 2012.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengatakan bahawa ayam perlu dimasak ke suhu dalaman yang selamat iaitu 74°C.

gordon ramsay marah jika ayam tidak dimasak dengan betul

Sekiranya anda makan di restoran dan ayam yang anda terima tak dimasak sepenuhnya, jangan teragak-agak untuk memberitahu pihak restoran mengenainya.

Bagi khinzir pula, haiwan ini dibela dengan cara yang sangat berbeza daripada dulu dan masih terdapat risiko pemakan akan dijangkiti oleh salah satu daripada dua parasit jahat yang terkandung di dalamnya iaitu trichinosis atau cacing pita.

Trichinosis adalah parasit yang mendiami usus kecil anda selepas anda makan daging yang dijangkiti dan khinzir bukanlah satu-satunya haiwan yang boleh dijangkiti.

Daging beruang, serigala, rubah dan walrus mentah juga merupakan berpotensi dijangkiti parasit ini. Jadi jika anda ingin makan daging walrus selepas ini, pastikan ia dimasak dengan baik.

6. Taugeh mentah punca perut meragam

jangan makan makanan mentah ini

Pasti anda pernah melakukan eksperimen sains ketika sekolah rendah dengan menanam taugeh, kan?

Taugeh adalah salah satu tumbuhan yang paling mudah untuk tumbuh dan kaya dengan nutrien.

Namun, memakan taugeh mentah boleh menyebabkan keracunan makanan dengan gejala seperti kekejangan perut, cirit-birit, dan muntah yang berlaku di antara 1 hingga 8 hari selepas memakannya.

Taugeh mentah atau dimasak sedikit pernah menyebabkan wabak penyakit bawaan makanan. 

7. Tomato mentah berisiko keracunan

tomato tak patut dimakan mentah mentah

Walaupun tomato boleh dimakan secara mentah, satu kajian oleh saintis Universiti Cornell menunjukkan bahawa aktiviti antioksidan tomato yang dimasak lebih tinggi daripada tomato yang belum dimasak.

Ini menunjukkan bahawa untuk mendapatkan lebih banyak manfaat daripada tomato, ia perlu dimasak sebelum makan.

Tomato menduduki tempat ke-10 sebagai salah satu sayur-sayuran dengan sisa racun makhluk perosak, jadi ia sekurang-kurangnya perlu dibasuh terlebih dahulu.

Batang, daun, dan tomato belum masak adalah beracun dan tidak boleh dimakan.

8. Kentang mentah membuatkan badan letih

kentang tak patut dimakan mentah mentah

Walaupun kita jarang melihat orang makan kentang mentah, namun kanak-kanak yang tidak tahu mungkin termakan kentang mentah seperti memakan epal.

Kentang mengandungi antinutrien yang boleh mengganggu penghadaman dan penyerapan nutrien badan anda.

Memasak kentang dapat mengurangkan lektin, salah satu antinutrien yang terkandung di dalamnya sebanyak 50% hingga 60%.

Glycoalkaloids dalam kentang pula boleh menyebabkan rasa mengantuk, kegatalan, peningkatan kepekaan  dan masalah penghadaman dalam jumlah yang tinggi dan boleh dikurangkan dengan mengupas dan memasak kentang.

9. Buah zaitun mentah

buah zaitun tak patut dimakan mentah mentah

Tidak seperti kebanyakan makanan dalam senarai ini, buah zaitun tidak boleh dimakan mentah kerana ia tidak boleh dimakan dari segi rasanya yang teruk, bukan kerana ia boleh membuatkan anda sakit atau membunuh anda.

Zaitun mentah sangat pahit dan jika memetik dan memakan secara terus, anda mungkin akan berasa seperti hendak muntah serta meluahkannya kembali. 

10. Madu mentah sangat bahaya untuk ibu mengandung

madu tak patut dimakan mentah mentah

Madu mentah mungkin mengandungi spora bakteria Clostridium botulinum yang sangat berbahaya bagi bayi, kanak-kanak di bawah umur setahun dan wanita hamil.

Ia boleh menyebabkan keracunan botulisme dengan kesan sampingan seperti mual, muntah dan cirit-birit.

Akibatnya, hal ini boleh menyebabkan kelumpuhan yang boleh mengancam nyawa.

Rujukan:

1. Healthline

2. Eat This




Hakcipta iluminasi.com (2017)