Oleh pada 24 Nov 2017 kategori

Akhirnya iPhone X sudah tiba di Malaysia. Bagi peminat iOS diluar sana, mesti anda tidak sabar untuk merasa sendiri kehebatan dan keunikan telefon pintar ini. Mana tidaknya, iPhone ini merupakan iPhone pertama yang mempunyai design yang berbeza sejak daripada tahun 2014 dan ia langsung tidak mempunyai home button serta bergantung sepenuhnya kepada FaceID.

Namun, tahukah anda yang Apple sebenarnya terhutang budi dengan pesaingnya, Samsung (Android) dalam menghasilkan the best iPhone ever ini? 

iphone x bukan sekadar copy paste android phone

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seperti yang kita sedia maklum, iPhone yang terdahulu semuanya mempunyai design yang serupa seperti iPhone 6. Sudahlah mengguna pakai design lama, skrin pula masih menggunakan LCD. iPhone X lah merupakan iPhone pertama yang menggunakan menggunakan paparan OLED. Itupun setelah LG dan Samsung sudah bertahun-tahun guna teknologi ini dalam telefon pintar flagship mereka.

Akhirnya pada tahun 2017, Apple telah mampu untuk menggantikan paparan LCD kepada OLED. Penulis bukanlah peminat tegar iPhone, namun lets not deny this, iPhone sentiasa jadi perintis kepada revolusi telefon pintar dan trend yang Apple mulakan sentiasa menjadi ikutan sehingga ada sesetengah syarikat pengeluar smartphone yang sanggup tiru design Apple untuk mendapat sambutan.

Meskipun iPhone X telah dinobatkan sebagai ‘telefon yang mudah pecah’, tetapi Apple telah menerima pujian yang melambung sehingga para pengkritik dan professional, secara tidak langsung telah mengistiharkan yang paparan OLED iPhone X merupakan yang terbaik yang wujud di pasaran setakat ini.

iPhone yang sebelumnya menggunakan LCD yang merupakan singkatan kepada Liquid Crystal Display. Secara ringkasnya, teknologi LCD menggunakan cahaya untuk menerangi Liquid Crystal di dalam skrin telefon anda untuk menghasilkan paparan skrin telefon pintar anda.

cara skirn lcd berfungsi

Bagi iPhone X pula, ia menggunakan teknologi OLED yang membawa maksud Organic Light-Emitting Diode. Setiap pixel didalam paparan OLED menghasilkan cahayanya sendiri, jadi imej yang dihasilkan lebih sharp, teliti dan lebih jelas. Penggunaan bateri juga dapat dijimatkan sekaligus membolehkan telefon pintar yang nipis dicipta.

Apple masih belum mampu menghasilkan skrin OLED yang sempurna. Setakat ini hanya satu sahaja pengeluar skirn OLED yang disegani ramai iaitu Samsung.

Jadi, adakah skrin iPhone X menyerupai Samsung Galaxy Note 8? Jawapannya, tidak. Hanya paparan OLED sahaja yang dibeli daripada Samsung. Namun, Apple telah mengoptimumkan skrin iPhone X sehingga telefon itu berjaya dinobatkan sebagai skrin yang terbaik tahun ini mengalahkan telefon pintar Samsung. Jadi, Apple bukan sekadar copy paste semata-mata.

iphone x dan fungsi faceid

Selain daripada itu, tindakan Apple untuk menggantikan TouchID kepada FaceID juga sering dikritik, terutamanya oleh peminat tegar android. Malah, ada yang kata FaceID tiru Facial Recognition yang Android telah guna sejak daripada Anroid versi Ice Cream Sandwich ( tahun ~2011 ).

Memang betul teknologi itu diilhamkan daripada Android ataupun Samsung, tetapi seperti paparan OLED, Apple juga telah mengoptimumkan FaceID sehingga Tim Cook yakin untuk membuang TouchID terus daripada generasi terbaru iPhone ini.

faceid iphone x

Face Recognition yang digunakan oleh telefon pintar Android dan Samsung Galaxy S8 menggunakan teknologi kamera hadapan sahaja. Sebab itulah berlaku beberapa kontroversi dimana telefon boleh di unlock dengan hanya menggunakan gambar. Teknologi pengecaman muka android sangatlah lemah sehingga anda tidak dinasihatkan untuk bergantung sepenuhnya kepada teknologi tersebut.

Sebaliknya, Apple telah mendapat ilham untuk membaiki teknologi ini dengan menggunakan teknik yang lebih kompleks. Dibahagian notch yang hodoh di paparan iPhone X itulah terletak pelbagai kamera dan infrared yang digunakan oleh FaceID. Bahagian yang dikenali sebagai dot projector akan memancarkan 30000 titik yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ke muka untuk mengenali struktur serta bentuk muka anda.

notch buruj iphone x

sensor di bahagian notch hodoh iphone x

Anda boleh tonton video ini untuk menyaksikan sendiri fungsi FaceID yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Walaupun harga telefon pintar ini sangat mahal berbanding telefon pintar lain, namun teknologi yang diguna pakai oleh iPhone X sangat mengagumkan dan sangat revolutionary. Boleh dikatakan, teknologi yang ada pada telefon ini telah lama diguna oleh telefon pintar yang lain, namun tindakan iPhone yang tidak copy paste semata-mata seperti sesetengah telefon pintar wajar dipuji.

Kesimpulannya, copy paste idea orang lain bukanlah cara yang terbaik untuk berjaya. Sebaliknya, untuk lebih berjaya sehingga disegani ramai, kita boleh mendapat ilham daripada idea orang lain. Tetapi kita perlulah optimise idea tersebut seperti yang telah dibuat oleh iPhone X.

Sumber:

  1. The Verge
  2. Android Authority
  3.  BGR dan BGR
  4. Macworld
  5. ZDNet
  6. Pocket-Lint



Hakcipta iluminasi.com (2017)