Oleh pada 13 Nov 2017 kategori

telefon pintar kalis air

iPhone X bakal dijual secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi, jadi kebanyakan rakyat Malaysia sudah mula kumpul duit dan pecahkan tabung masing-masing untuk naik taraf iPhone 8 ataupun mungkin iPhone 4s mereka. Apabila ditanya sebab mereka berkenan dengan iPhone yang mahal ini, rata-ratanya merasa teruja dengan Face ID dan animoji, tetapi tak kurang juga yang tertarik dengan fungsi kalis air (waterproof) telefon pintar ini. Tetapi, benarkah dan sejauh manakah smartphone itu boleh tahan dan berfungsi dalam air? Apa memang iPhone X sahajakah yang boleh dibawa berenang?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Definisi

Pada tahun 2017, apabila kita berbicara tentang telefon kalis air (waterproof), sebenarnya kita bercerita tentang water-resistant. Sesebuah telefon benar-benar waterproof ataupun kalis air ialah apabila ia benar-benar kedap air. Tetapi malangnya telefon pintar yang wujud di pasaran sekarang ini bukanlah benar-benar kalis air pun, sebaliknya ia boleh bertahan dan berfungsi dalam air dalam keadaan tertentu sahaja. 

Setakat hari ini, telefon pintar yang benar-benar water-resistant antaranya ialah Samsung Galaxy Note 8 yang kadar rintang airnya ialah IP68. IP merupakan singkatan kepada ingress protection dan ia merupakan sistem yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan pengilang telefon pintar.

ip rating

Secara ringkasnya, lagi tinggi dua digit di belakang IP, lagi tahan lasak telefon pintar anda. Sebagai contoh, kadar IP bagi iPhone X ialah IP67. Digit 6 menunjukkan tahap rintang telefon tersebut terhadap habuk dan debu, manakala digit 7 menunjukkan tahap rintang air. Jadi, sekiranya anda bakal membeli iPhone X, anda perlu tahu yang telefon anda memang betul-betul kalis habuk dan anda boleh menyelam dengan telefon anda sehingga kedalaman 1 meter selama 30 minit. 

Telefon anda IP68, bolehkan anda berenang dengan telefon anda?

Tak kiralah telefon pintar jenama Samsung Galaxy Note 8, S8 ataupun mana-mana telefon flagship yang water-resistant, anda tak digalakkan untuk berenang bersama telefon anda. Sebab utamanya, sistem IP ini dijalankan dan diuji di dalam makmal dengan menggunakan air tawar serta dalam keadaan yang sangat bersih dan terkawal. Oleh itu, tiada jaminan dalam sistem IP yang mengatakan telefon pintar anda itu masih boleh berfungsi dengan sempurna selepas anda berenang dalam air yang berklorin ataupun air laut.

samsung galaxy s7 s7 edge water and dust resistance test 5

Fungsi water-resistant ini sangat berguna ketika kemalangan kecil yang melibatkan air, misalnya telefon anda plup! terjatuh dalam lopak air di kaki lima, atau misalnya tangan anda basah lencun selepas basuh pinggan. Tetapi bagaimana pula jika air kopi tertumpah di atas telefon anda? Secara puratanya, air kopi ataupun air minuman tidak berbahaya kepada telefon rintang air. Tetapi semuanya bergantung kepada nasib juga.

iphone 8 water test

Kebanyakan syarikat gergasi memperkenalkan fungsi water-resistant sebab ia merupakan trend telefon pada tahun 2017 (selain daripada membuang lubang headphone jack). Oleh itu, banyak pengilang lain turut berlumba-lumba untuk mereka telefon pintar yang mempunyai fungsi yang hampir sama. Tetapi, kos untuk memastikan sesuatu smartphone itu water-resistant sangat tinggi. Menurut syarikat pembuat telefon jenama Xiaomi, kos untuk menghasilkan dan memastikan telefon pintar benar-benar rintang air merupakan 20-30 peratus harga telefon tersebut.

Sekiranya anda merasakan fungsi rintang air ini tidak memainkan peranan yang besar dalam hidup anda dan anda masih ingin memanfaatkan iPhone 6 anda, anda boleh menggunakan cover telefon seperti ini untuk melindungi telefon pintar anda:

moko pouch rintang air

Sekiranya anda ingin menyaksikan dengan mata sendiri kemampuan water-resistant iPhone X, anda boleh menonton video dibawah:

Sumber:

  1. CNET
  2. Android Authority
  3. Android Authority 2



Hakcipta iluminasi.com (2017)