Tommy Hilfiger bukanlah jenama yang asing bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Di Malaysia, kita mungkin kurang melihat orang memakai jenama ini memandangkan harganya yang lebih mahal berbanding di luar negara.

Syarikat ini diasaskan oleh Thomas Jacob "Tommy" Hilfiger". Beliau merupakan seorang pereka fesyen dari Amerika dan telah memperkenalkan jenama Tommy Hilfiger ini pada tahun 1985. Seperti kebanyakan pereka fesyen yang lain, beliau menghadapi kesukaran mengembangkan dan memperkenalkan rekaan pakaiannya di bawah jenama "Tommy Hilfiger".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada ketika itu, sudah ada beberapa jenama besar dalam industri ini seperti Calvin Klein dan Ralph Lauren. Jadi, apakah rahsia kejayaan Tommy Hilfiger sehingga berjaya membolos monopoli jenama-jenama besar ini?

Teknik pengiklanan yang berkesan.

Pengiklanan merupakan salah satu teknik marketing untuk memperkenalkan sesuatu jenama atau produk. Pada ketika itu, belum ada media sosial untuk melakukan pengiklanan secara atas talian dan kos pengiklanan menggunakan papan iklan (billboard) pula sangat mahal.

Bagi memastikan iklan yang dibuat berjaya, Tommy mempunyai dua pilihan:

  1. Perlu melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membuat banyak iklan
  2. Membuat sebuah iklan yang sangat unik dan viral

The Hangman Ad

Pernah main permainan online hangman?

Dalam permainan ini, setiap pemain perlu meneka huruf-huruf untuk mengisi tempat kosong yang membentuk satu perkataan. Inilah konsep iklan yang berjaya menarik perhatian ramai ketika itu dan berjaya melonjakkan jenama Tommy Hilfiger sehingga ke hari ini.

tommy hilfiger 593

Gambar di atas merupakan iklan Tommy Hilfiger yang diilhamkan oleh George Lois. Ianya sangat genius dan kreatif.

Dalam iklan ini, beliau membariskan jenama Tommy Hilfiger dengan beberapa jenama besar seperti Ralph Lauren, Perry Ellis dan Calvin Klein sebagai perbandingan. Di baris keempat diletakkan jenama Tommy Hilfiger beserta dengan logo Tommy Hilfiger dengan tulisan:

"This is the logo of the least known of the four"

Kebanyakan orang sudah pasti dapat meneka 3 jenama lain yang diletakkan pada papan iklan tersebut. Walaubagaimanapun, mereka pasti tertanya-tanya apakah jenama keempat yang diletakkan pada papan iklan tersebut.

Sejak daripada haritu itu, mereka mendapat banyak panggilan daripada pihak media dan orang ramai yang ingin tahu lebih lanjut mengenai jenama Tommy Hilfger. Jenama mereka menjadi buah mulut penduduk setempat dan makin ramai pelanggan yang datang ke kedai mereka untuk melihat dan membeli pakaian.

Apakah yang boleh dipelajari daripada kisah inspirasi ini?

Keberanian untuk mengambil risiko dan kepentingan membuat teknik pengiklanan yang berkesan.

Setelah menaikkan papan iklan Tommy Hilfiger ini, mereka telah dikecam oleh sesetengah media kerana berani meletakkan jenama Tommy Hilfiger sebaris dengan jenama-jenama besar yang lain. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama mereka telah mendapat banyak pendedahan percuma daripada pihak media yang seterusnya melonjakkan jenama ini.

Bijak bukan?




Hakcipta iluminasi.com (2017)