Sekiranya anda menjual barang secara dalam talian (online), antara perkara yang menjadi dilema dan kerisauan adalah ketika proses penghantaran (kurier) barang tersebut kepada pelanggan atau pembeli.

Seringkali terjadi, barang yang dihantar rosak atau terdapat kecacatan padanya disebabkan pihak penyedia perkhidmatan penghantaran tidak menguruskannya dengan baik. Walaupun telah meletakkan pelekata "Mudah Pecah" atau "Fragile", perkara seperti ini masih terjadi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apabila barang yang dihantar kepada pembeli tidak sempurna atau rosak, pihak penjual seringkali terpaksa menanggung kos penghantaran kepada pembeli. Malah, sekiranya barang tersebut rosak teruk, mereka perlu menggantikannya dengan barang yang elok.

Teknik Pembungkusan Kreatif

Apakah solusi terbaik untuk mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku?

vanmoof

Sebuah syarikat daripada Belanda, VanMoof yang menjual basikal telah mendapat idea untuk membungkus basikal dengan sangat kreatif. Setiap basikal yang dihantar kepada pembeli akan dibungkus dalam sebuah kotak yang bersaiz televisyen berskrin nipis.

Menariknya, mengikut maklumat daripada pihak VanMoof sendiri, idea mereka ini telah berjaya mengurangkan kerosakan kepada basikal yang dihantar kepada 70% - 80%!

Dengan membungkus basikal dalam kotak berbentuk skrin tv nipis, pihak penyedia perkhidmatan penghantaran akan menjangka ianya adalah sebuah televisyen, lalu akan menguruskannya dengan begitu cermat dan berhati-hati sekali!




Hakcipta iluminasi.com (2017)