Pelawak Tauke Jambu dan model sambilan, Nadia Mohd Affendi sah bergelar suami isteri pada jam 12 tengahari semalam (Sabtu).

Dengan sekali lafaz, Tauke, 41, sah menjadi suami kepada Nadia, 28, sambil disaksikan keluarga pasangan pengantin, sanak saudara dan rakan rapat.

Majlis akad nikah itu dikendalikan Jurunikah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang juga Imam Masjid At Taqwa, TTDI, dengan berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Mohd Affendi Mohamad.

Nadia menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan jumlah wang hantaran RM30,000 bersama lima dulang hantaran, juga berbalas lima.

Majlis pernikahan serba ringkas namun meriah itu berlangsung di De Laman Event, Shah Alam.

Kedua-duanya turut diraikan dalam majlis resepsi bertemakan 'Fairy Tale' di lokasi sama, malam tadi.

Untuk info, ini merupakan perkahwinan kali keempat buat Tauke dan pertama bagi Nadia.

Terdahulu, mereka mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.

Kredit foto: Instagram @sixucaphotography

Sumber berita: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)